Pelakon Aeril Zafrel akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menyebarkan berita tentang perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal.
Perkara tersebut telah diberitahu oleh pembantu peribadi Aeril, Aman yang turut memberitahu pelakon berusia 25 tahun itu tidak akan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.
“Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tetapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti.”
Kontroversi tercetus apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang status pernikahan Aeril yang didakwa sudah berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu, malah turut dikatakan sudah menimang cahaya mata pertama mereka pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
Dalam pada itu, Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari melalui laman Twitter-nya telah menulis dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya.
“Alhamdulillah…’mereka’ telah keluarkan ‘senjata terakhir’ seperti yang dijangkakan..terlalu naïf ‘mereka’ yang melontar batu sembunyi tangan ini. Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar ‘mereka itu’. – Yahoo Malaysia
Siapakah penyebat fitnah pernikahan Aeril Zafrel & Wawa Zainal?
Jeng Jeng Jeng…