Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung Majlis Pra-Tonton Gempak Universe anjuran Astro di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah ikon Astro yang kini sibuk dengan pengambaran filem Zoo iaitu Lisa Surihani.
Filem Zoo terbitan Metrowealth Productions akan menelan kos RM1.8 juta yang akan menggunakan teknik pengambaran Computer Generated Imagery (CGI) dan sistem audio Dolby Digital Sound. Dalam filem Zoo, Lisa Surihani akan turut berlakon dengan pelakon dan pelawak seperti Lan Pet Pet. Bob Lokman, Azlee Jaafar, Angah (Raja Lawak) dan Jesse Lim.
Hampir 70 peratus penggambaran filem akan dijalankan di Zoo Negara dan selebihnya di sekitar Kuala Lumpur bermula dari 15 Julai ini sehingga 8 Ogos ini
Semoga terus sukses Lisa!
Elegan Lisa
Sesuai juga untuk ke pejabat
Manis