Pada 3 Oktober 2013 yang lalu, pagi Khamis yang cerah, Budiey berpeluang untuk bertemu dengan pelakon Nelydia Senrose di Pelancaran Produk Terbaru Enchanteur Paris yang diadakan di Maison Francaise, Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur. Sebelum memulakan penulisan ini, Budiey ingin awalkan dulu ucapan tahniah kepada Nelydia Senrose kerana telah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta produk terbaru wangian Enchanteur Paris. Tahniah Nely!
Budiey rasa sangat terkejut juga melihat penampilan terbaru Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen. Tidak semena-mena mulut Budiey terlopong dan bibir berkata, WOW! Lawa siot! Sangat cantik bak bidadari. Ini kali pertama Budiey tengok gaya yang sangat vass dari Nely sebab sebelum ini Nely pakai dengan gaya yang agak ‘biasa-kebiasaan’. Wajahnya ceria sentiasa manis dengan ukiran senyuman. Gayanya elegan dengan baju yang cukup moden dan sensasi. Dikhabarkan, gaya penampilan ini adalah sesuai dengan produk Enchanteur Paris dan jika anda menonton iklan produk ini, Nelydia memakai pakaian yang sama.