in

Sam Bunkface Jalani Pembedahan Tekak

Dengarnya…: Sam Bunkface jalani pembedahan tekak

Dipetik dari Berita Harian

KASIHAN pun ada, nak cakap padan muka pun ada dekat kumpulan Bunkface ini. Tapi, Cik Normah rasa perasaan kasihan itu lebih banyak kot. Baru-baru ini, Cik Normah dapat tahu khabar mengenai vokalis kumpulan itu yakni Sam sebenarnya baru saja menjalani pembedahan di bahagian tekak.

Gara-gara belasah mengambil tiga persembahan dalam satu hari, Sam yang bercinta dengan Juliana Evans itu terpaksa menanggung risiko hingga memberi kesan kepada tekaknya. Patut pun ketika kawan sepejabat Cik Normah membuat liputan rakaman Konsert Generasiku… Indie Band di Padang Semarak, Angkasapuri, baru-baru ini, kumpulan Bunkface yang sepatutnya ada sekali, tiada ketika itu.

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik ketiadaan kumpulan yang dianggotai tiga orang itu pada malam rakaman itu. Cik Normah faham situasi Bunkface yang cuba merebut peluang yang ada di depan mata. Tambahan pula, kumpulan ini yang turut tercalon pada Anugerah Planet Muzik 2009 semakin meledak populariti mereka.  

Atau barangkali Bunkface menjadi mangsa sesetengah pihak yang terlalu mementingkan wang hingga tidak langsung mengambil kira faktor kesihatan kumpulan itu. Atau mungkin kerana tidak mahu dianggap mengundang masalah dan digelar ‘kekwat’, kumpulan itu mengambil saja tawaran membuat persembahan.

Cik Normah ini bukan apa, Cik Normah sangat gembira industri muzik kita diwarnai dengan bakat baru seperti kumpulan indie ini. Setidak-tidaknya, kita ada pelapis yang boleh dibanggakan. Cik Normah cuma harap kumpulan seperti Bunkface ini akan dijaga betul-betul dengan pengurusan yang baik. Bukannya apa, salah percaturan, silap gaya mengurus, kumpulan ini akan lenyap begitu saja.

Dengar ceritanya, ada ramai rakan industri Cik Normah yang bergelar pengurus artis dan pegawai perhubungan awam berminat nak hulur tangan menjaga kumpulan Bunkface. Malah, Cik Normah diberitahu, penyanyi bertudung Yuna pun memang ada pihak yang berminat untuk menguruskannya.

Mana ada yang mahu menolak Yuna dan Bunkface kerana mereka memang tengah panas sekarang. Undangan membuat persembahan memang tak henti-henti. Pendek kata, mereka antara yang boleh membuat duit. Mengenai Yuna, Cik Normah dapat tahu, dia sebenarnya masih selesa diuruskan rakan baiknya Paan walaupun Cik Normah dengar macam-macam versi kisah mengenai lelaki bertubuh comel itu.

Entahlah, makan pengat sendiri mahu ingatlah. Yuna mungkin perlu melakukan anjakan paradigma dan jangan terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Sepatutnya Yuna mahupun Bunkface perlu dijaga dengan pihak pengurusan yang betul supaya kewujudan dan hayat mereka akan kekal lama. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour

Swarms Dan Arlington Road di TV2