in

Pra Tonton KL Gangster 2 Kutip RM700Ribu

Walaupun telah tertiris di internet dan menjadi mangsa cetak rompak, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof telah berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis lalu termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu. Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.

“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul.”

Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.

“Alhamdulillah… saya dapat lihat momentum yang baik terhadap filem ini walaupun karya saya sudah dicetak rompak.”

Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi. Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.

“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat.”

Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj. Katanya, Syamsul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan. Sumber: Mstar Online

KL GANGSTER 2
KL GANGSTER 2

KL GANGSTER 2

KL GANGSTER 2

 

KL GANGSTER 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencarian Ikon Hebat Malaysia OLDTOWN White Coffee

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts