Rasanya, baru je semalam, Hafiz AF7 jadi juara. Dan hari ini dalam sejarah, bintang kelahiran Akademi Fantasia 7 ini telah melancarkan album terbarunya, MASIH JELAS. Berlangsung di Restoran Italian Delucca, Office Tower, One Residency, majlis pelancaran pada jam 3 petang tadi juga telah dihadiri oleh rakan-rakan finalis AF7 iaitu Yazid, Isma, Aril dan Akim. Mereka bertiga juga turut menyumbangkan suara untuk album Hafiz.
Hafiz AF7 sangat teruja dengan kelahiran album Masih Jelas dan kini beliau bersedia untuk mencipta nama sebagai penyanyi seperti yang diidamkan sejak kecil lagi.
Akan datang, Hafiz AF7 akan muncul dengan video klip Masih Jelas.
Album ini terbitan Astro Entertainment, edaran Warner Music menemui peminat hari ini 14 Julai 2009 dengan harga RM21.00.
Semoga Hafiz AF7 terus sukses!