Akhirnya, pelakon Zain Saidin telah merisik kekasihnya, Rozita Che Wan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, pada hari Ahad, 29 September 2013. Tahniah Budiey ucapkan buat Che Ta & Zain. Walaupun hanya majlis merisik namun, dengar khabarnya, majlis sangat grand okay. Wow, romantiknya, lokasinya pun kira terbaik tu. Berita gembira ini disampaikan oleh pengurus peribadi Rozita Che Wan iaitu Afiq. Menurut Afiq, majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan. Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum.”
Zain Saidin Merisik Rozita Che Wan Hapuskan Segala Gossip
Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dekorasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb. Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media. Pada Jumaat lalu telah tersebar khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut.
Bunga di taman sudah ada yang datang merisik. Tahniah sekali lagi buat pasangan kekasih ini.