in , ,

Liyana Jasmay, Hujan, Bunkface di Rakaman Konsert Generasiku…Indie Band

RAKAMAN KONSERT GENERASIKU…INDIE BAND : RANCANGAN KHAS TAYANGAN AIDILFITRI DI RTM

Cuba menyuntik semangat, kelainan dan perbaharuan dalam persembahan programnya menjelang Aidilfitri yang bakal diraikan umat Islam bulan September kelak, Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat julung-julung kalinya menerbitkan rancangan khas bagi siaran Hari Raya berbentuk konsert yang mengundang kumpulan-kumpulan dan pencipta-pencipta serta penulis lirik indie yang sedang mencipta nama di negara kita.

noh...hujan

Kehadiran mereka dalam industri muzik tanah air mula mendapat tempat di hati masyarakat terutama kalangan remaja yang menyokong irama segar diperjuangkan mereka ini. Meski pun ada di antara mereka tidak dikenali di persada muzik mainstream tetapi sekadar di kenali di kelompok mereka, pendukung-pendukung muzik “Indie” yang lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana ini bakal beraksi di Konsert Generasiku…Indie Band, dirakamkan pada 11 Julai 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam bertempat di Padang Semarak, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Memandangkan muzik mereka menjadi satu fenomena bagi industri muzik kita, RTM berusaha memberi satu platform bagi mereka berhimpun dan menunjukkan bakat dan hasil muzik mereka kepada para penonton.

Malah usaha menghimpunkan 10 artis pujaan ramai masa kini juga adalah salah satu pendekatan RTM untuk mendekatkan kelompok remaja yang bukan hanya meminati muzik rakyat dan tradisional.

Sepanjang dua jam beraksi, 10 artis ini menjanjikan persembahan hebat dan terbaik mereka untuk dikongsi bersama peminat dan penyokong setia mereka. Kumpulan muzik yang terlibat berkongsi pentas malam itu iaitu 6ixth Sense yang akan beraksi dengan dua lagu hits terbaharu mereka, Khatimah Cinta dan Cinta Yang Sempurna dipopularkan bersama Kumpulan Letto.

6ixth sense

Mengambil tempat kemudiannya, Hujan yang mendahului pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 dalam enam kategori utama. Enam kategori utama tersebut ialah persembahan vokal terbaik dalam lagu (dua atau kumpulan baru terbaik), duo atau kumpulan terbaik, lagu terbaik, album terbaik, artis Malaysia paling popular berdasarkan SMS serta artis serantau paling popular berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS). Menerusi konsert ini, Hujan menghadiahkan dua lagu baru untuk peminat, Mencari Konklusi dan Romantik untuk ’Raingers’ mereka.

Kemunculan pelakon kecil molek yang sememangnya berbakat menerusi bidang lakonan pula bergandingan dengan kumpulan muziknya, Liyana Jasmay’s Band tampil dengan lagu hits Tak Percaya Cinta dan Pelik. Tidak ketinggalan juga, Grey Sky Morning menyampaikan lagu Pancaroba dan Cinta Gila yang menjadi kegilaan remaja masa kini.

Turut berkongsi pentas persembahan iaitu Bunkface yang dianggotai Sam, Pa’an dan Youk ini beraksi dengan lagu-lagu Medley, (Situasi & Revolusi (Medley) dan Silly Silly & Bunk Anthem (Medley) ), Deja Vodoo Spells (What Will Be Will Be dan Please), One Buck Short (Khayalan Masa) dan The Snow Symphony (Love dan Hush).

Tidak hanya mengutamakan kumpulan muzik, Konsert Generasiku…Indie Band menjemput dua artis solo, Tony Leo dan Najwa yang semakin mencipta nama dengan irama muzik tersendiri dimana Tony Leo menyampaikan lagu You dan My Sanity dan Najwa menghiburkan penonton dengan lagu Your Love dan Got To Go.

Justeru kepada anda pengikut setia aliran irama indie Malaysia yang ingin menjadi individu terawal menyaksikan dan berkongsi kemeriahan konsert ini, usah ketinggalan mendapatkan pas masuk di Balai Pengawal, Angkasapuri Kuala Lumpur yang telah mula diedarkan kepada orang ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Final Destination Rest In Pieces

Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas