in

Rama Rama Kiya Hai Dan Sorry Bhai di TV2

2 FILEM ROMANTIK : RAMA RAMA KIYA HAI DAN SORRY BHAI, SERIKAN SLOT SLOT BOLLYGOOD TIME @ 2

Kisah seorang suami yang ingin berkahwin lain melatari filem komedi dan romantik bertajuk  Rama Rama Kiya Hai Dramaa  yang bakal disiarkan 18 Julai 2009 (Sabtu), jam 12.30 tengah hari menerusi slot Bollygood Time @ 2 di saluran TV2.  Menyusul kemudiannya,  bertajuk Sorry Bhai pada 25 Julai 2009 mengisi slot sama yang mengetengahkan watak Siddharth Mathur seorang saintis muda yang gemar mengembara ke Mauritius. 

Rama Rama Kiya Hai Dramaa memaparkan kisah lucu tentang tiga pasangan suami isteri yang tinggal di kawasan perumahan yang sama. Pasangan Prem dan Khushi, Santosh dan Shanti, serta Mr. dan Mres Khurana. Mereka adalah pasangan suami isteri yang selalu mendatangkan masalah dalam hal rumahtangga. Sehingga kan jiran-jiran di kawasan rumah mereka hairan dan naik pening melayani kerenah mereka.

Santosh berkahwin dengan Shanti seorang gadis sunti yang berasal dari Kampung di pedalaman dan dibesarkan oleh keluarga yang sederhana. Namun, sepanjang kehidupan mereka di alam rumahtangga , Shanti mula menunjukkan sikap yang tidak disukai suaminya. Shantosh mendakwa bahawa Shanti  bukanlah seorang isteri yang baik. Lalu, Santosh memikirkan untuk mencari isteri yang lebih baik dan sejak hubungan mereka goyah, Santosh asyik mula berangan angan mengimpikan wanita idamannya.

Berbeza dengan kisah pasangan Khushi, seorang isteri yang sangat cerewet dan garang dengan suaminya. Kushi seorang isteri yang suka mengongongkong kehidupan suaminya. Sikap si isteri yang suka mendominasikan dalam segala hal rumahtangga menyebabkan suaminya Prem sudah tidak tahan lagi dengan sikap isterinya. Hubungan mereka mulai retak lalu mereka mengambil keputusan untuk tinggal berasingan.

Namun, berlainan pula dengan kehidupan rumahtangga pasangan Mr dan Mrs Khurana. Mereka sekeluarga amat berbeza. Sikap keluarga Khurana yang tidak suka mengambil hal dan kisah rumah tangga orang lain, membuatkan pasangan Khurana ini amat pelik dan sukar di selidiki.

Pelbagai kisah menarik dan lucu yang berlaku dalam alam rumahtangga  dan krisis kehidupan mereka sejak pasangan ini tinggal berasingan. Akhirnya, pasangan-pasangan suami isteri ini mulai sedar bahawa setiapa pasangan yang dijadikan adalah jodoh dan mereka harus menerima takdir.

Drama komedi komedi lakonan Rati Agnihotri , Amrita Arora, Aashish Chaudhary, Neha Dhupia, Razak Khan dan Anupam.

Menyusul kemudiannya, Sorry Bhai yang mengisahkan Siddharth Mathur seorang saintis muda yang gemar mengembara dan memiliki banyak ilmu pengetahuan. Suatu hari, Siddarth telah mengaturkan perancangannya untuk melancong ke Mauritius, dan kebetulan pula abang sulungnya mengadakan majlis perkahwinan disana. Dia juga tidak keberatan untuk hadir ke majlis perkhwinan abangnya dan membawa rakan baiknya Ma untuk menemaninya ke Mauritius.

Harsh seorang pekerja yang komited dan rajin. Kesibukan dia terhadap kerjanya menyebabkan dia hanya dapat meluangkan sedikit masa untuk tunangnya.Jika ada perkara tertentu melibatkan keluarganya, barulah dia dapat luangkan masa untuk tunangnya Aaliyah dan keluarganya. Kadang-kala Harsh membawa Aaliyah bersiar-siar ke sekitar pantai Mauritius sebelum menjelangnya hari perkahwinan mereka.

Namun, Aaliyah masih tidak berpuas hati dengan cara Harsh melayaninya dan sikap Harsh yang mementingkan kerjayanya. Kehadiran, Siddarth dalam hidup Aaliyah begitu bermakna dalam persahabatan mereka. Siddarth lebih banyak meluangkan masa dengan Aaliyah dan selalu menemani tunang abangnya diwaktu dia kesunyian. Walaubagaimana pun, hubungan intim mereka diketahui oleh abangnya Harsh. Kebetulan pula, Ma juga menjadi dalang atas hubungan mereka.
 
Bagaimanakah nasib Siddharth dan Aaliyah dalam menepis sangkaan orang lain ? Dapatlah mereka melarikan diri dari perasaan cinta sesama mereka ? Ikutilah drama komedi dan romantik dalam kisah perjalanan cinta tiga segi yang penuh cabaran dan aksi lucu rakan-rakan mereka dalam Sorry Bhai. Drama komedi dan romatik memperkenalkan pelakon popular Bollywood seperti Shabana Azmi, Boman Irani, Sharman Joshi, Chitrangada Singh, Sanjay Suri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wan Syahrina Jadi Pengacara Rahsia Anatomi di TV1

The Biggest Search Di Awan Biru Concert Ever