Buktinya, program Mentor, Gangstarz, Vokal, Bintang Mencari Bintang yang saban tahun diterbitkan dan mendapat perhatian meluas serta menjadi buah mulut orang ramai. Kini, TV3 sudah bersedia untuk menggegarkan kaca televisyen apabila muncul dengan program realiti terbarunya, Liga Lawak Superstar yang bakal bersiaran pada bulan 6 Oktober 2013 nanti.
Liga Lawak Superstar adalah sebuah rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi.
Senarai Peserta Liga Lawak Superstar
Uniknya, Liga Lawak Superstar akan menampilkan 16 pelakon dari drama-drama terbaru di TV3 antaranya Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad, Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal serta 8 komedian seperti Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein. Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.
Selain itu, Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan digandingkan sebagai pengacara bagi menggamat suasana dengan telatah lucu mereka. Manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.
Sebelum ke cabaran sebenar di Liga Lawak Superstar, kesemua pelakon yang dijemput menyertainya perlu melalui sesi latihan Liga Lawak Superstar 101 pada 23 dan 24 September 2013 bagi mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan kumpulan pada Liga Lawak Superstar 101. Barisan pelakon akan diberi pendedahan dan latihan tentang tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan Liga Lawak Superstar nanti.
Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Penjenamaan TV3
“Program Liga Lawak Superstar merupakan program terbaru terbitan TV3 yang bakal menemui penonton setiap hari Ahad. Liga Lawak Superstar membawa kelainan apabila melibatkan 8 kumpulan berbeza yang akan berentap sesama sendiri dalam permainan-permainan yang menguji kemahiran mereka melakukan improvisasi melalui tugasan-tugasan yang diberi. Selain itu juga, ia merupakan salah satu strategi TV3 untuk mempelbagaikan lagi santapan program bagi tahun 2013 selain memberikan wadah hiburan baru buat penontonnya.”
“Sebelum semua peserta memasuki pentas Liga Lawak Superstar, mereka harus menyertai Liga Lawak Superstar 101 selama dua hari di Perkampungan Latihan dan Rekreasi Hulu Langat, Selangor. Sesi latihan ini penting kerana mereka yang dipilih untuk menyertai Liga Lawak Superstar ini terdiri dari kalangan pelakon dan bukan komedian. Menerusi latihan yang disediakan di sesi latihan ini mereka akan didedahkan dengan pelbagai teknik permainan yang terdapat dalam saingan Liga Lawak Superstar. Ingin saya ingatkan bahawa sesi latihan ini bukanlah sekadar suka-suka tetapi objektif utama agar mereka betul-betul bersedia melangkah ke pentas Liga Lawak Superstar.”
Mampukah Liga Lawak Superstar 101 ini memberi keserasian dan persediaan rapi kepada peserta dan mengasah bakat kreativiti mereka dalam mempamerkan persembahan terhebat?
Jangan lupa saksikan rakaman aktiviti selebriti-selebriti di Liga Lawak Superstar 101 ini menerusi episod pertama Liga Lawak Superstar pada 6 Oktober 2013 dan siaran langsung Liga Lawak Superstar bermula episod kedua setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Liga Lawak Superstar, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#ligalawak) untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar!