PRODUSER Michael Jackson, Quincy Jones mendakwa Raja Pop itu telah berbohong semata-mata bagi memastikan kulitnya “tidak berwarna hitam”. Menurut Jones, alasan Jackson ialah penyakit kulit yang dihadapinya telah memudarkan warna kulit daripada hitam kepada putih.
Michael Jackson sebelum melakukan pembedahan
Raja Pop star Michael Jackson dan isteri barunya, Debbie Rowe bergaya semasa berkahwin pada satu majlis di California pada 14 November 1996.
“Saya tidak mempercayai apa-apa yang mengarut seperti itu. Saya telah mendengar pelbagai alasan. Sebagaimana perokok – mereka akan berkata mereka hanya merokok selepas minum minuman keras. Semua itu adalah mengarut!” kata Jones yang pernah bekerjasama dengan Jackson dalam pembuatan album ‘Bad’ dan ‘Thriller.’
Tambah Jones, alasan Jackson sedemikian telah membahayakan dirinya sendiri.
“Bagaimanapun, apabila seseorang itu berkeras kepala membuatnya, anda tidak boleh menghentikan tindakan mereka. Apa yang berlaku pada wajahnya adalah tidak masuk akal. Bahan-bahan kimia mengelupas kulitnya. Saya tidak memahami kenapa dia berbuat demikian. Apa yang pasti, Jackson tidak ingin berkulit hitam,” kata Jones.
Jones berkata, dia tidak memahami kenapa Jackson mempunyai masalah dengan wajahnya.