in

Mandian Dettol Radiance Boleh Cerahkan Kulit

Setiap hari, kulit kita kehilangan serinya disebabkan oleh habuk dan kotoran akibat terdedah kepada sinaran UV, pencemaran dan peluh dalam mengharungi kehidupan kota yang sibuk. Semua ini boleh mengakibatkan pigmentasi kulit, tanda-tanda penuaan awal dan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kurang sihat.

Serlahkan kecantikan kulit anda dengan Dettol Radiance. Mandian badan baharu yang membersih, melembap dan memberikan anda kulit sihat yang berseri.

Radiance Pack+Vits

Berikutan dengan kejayaan perlancaran rangkaian Natural pada tahun lalu, Dettol, pakar kebersihan yang dipercayai terus menawarkan mandian badan yang inovatif dan unik dengan melancarkan Dettol Radiance baharu. Dirumuskan untuk memenuhi keperluan kecantikan wanita, produk mandian baharu ini bukan sekadar memberi fungsi pembersihan tetapi ia juga menggabungkan perlindungan Dettol yang dipercayai dengan rumusan unik Vitamin yang memberi kebaikan kepada kulit dan pelembap untuk mengembalikan seri kulit.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow, menerangkan betapa pentingnya menjaga kesihatan kulit.

“Kulit adalah organ utama badan anda dan merupakan lapisan perlindungan antara anda dan alam sekitar. Ia membendung cecair badan yang penting untuk mengawal suhu badan serta mengelakkan kehilangan air dan khasiat badan. Kulit juga menghalang jangkitan mikrob supaya anda kekal sihat. Kulit memainkan antara peranan paling penting dalam melindungi badan kita dan membina ketahanan dalaman badan. Oleh itu, kita patut menjaga kulit supaya ia sentiasa sihat.”

Dr. Chow mencadangkan cara untuk mengekalkan kesihatan kulit dengan “membersihkan peluh, bahan cemar dan bakteria daripada kulit dengan kerap supaya kulit bersih dan sihat serta menggunakan pelembap untuk kulit kering agar kulit kekal menjadi pelindung kulit yang baik.”

Dettol Radiance membunuh dan membersihkan kulit daripada kuman dan kotoran yang menyebabkan kulit kusam dan menggantikan khasiat pada kulit untuk mengembalikan kecantikan dalamannya untuk menjadikan kulit sihat berseri. Dirumus dengan gabungan unik Vitamin C dan B3, Dettol Radiance menjadikan kulit rasa segar, cerah, halus dan lembap untuk tempoh yang lebih lama selepas digunakan. Vitamin C sering dipercayai sebagai bahan antioksidan terbaik yang membantu menentang radikal bebas dan meningkatkan kecerahan kulit manakala Vitamin B3 pula dipercayai sebagai rahsia di sebalik kulit yang nampak muda menawan.

Selain itu, Dettol Radiance juga mengandungi Glycerine (5 kali lebih pelembap*), pelembap mujarab yang membantu kulit daripada kekeringan dan mengekalkan lebih lembapan untuk kulit yang lembut, anjal dan sihat berseri.

“Di Reckitt Benckiser, kami terus membawa inovasi dengan maklum balas yang diberi oleh pengguna kami. Wanita biasanya memilih produk pembersih badan yang mengandungi wangian bunga yang nyaman serta mempunyai manfaat kelembapan tambahan, tetapi tidak banyak produk dalam pasaran hari ini yang turut menawarkan perlindungan anti-bakteria pada masa yang sama. Dettol Radiance diformulasi dengan Vitamin C dan B3, serta Glycerine untuk mengembalikan kulit sihat berseri dan bebas daripada kuman. Malah, kajian kami menunjukkan hampir 70% daripada pengguna berkata bahawa kulit mereka lebih sihat dan berseri selepas menggunakan Dettol Radiance**” kata Tiffany Tang, Pengurus Pemasaran Dettol.

Nadia Heng, selebriti tempatan dan Ratu Dunia Malaysia 2010 bersetuju dengan konsep mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. “Saya percaya bahawa kesihatan bukan hanya menjaga pemakanan, tetapi ia juga berkenaan dengan apa yang anda gunakan pada kulit anda. Saya mahu dilindungi daripada elemen alam sekitar dan cuaca. Saya selalu menyangka bahawa pembersih badan anti-bakteria akan mengeringkan kulit tetapi selepas menggunakan Dettol Radiance, saya amat teruja dengan hasilnya yang tidak mengeringkan kulit. Malah saya suka wangiannya yang lembut dan kulit saya berasa lebih licin dan gebu, walaupun hanya menggunakannya selepas beberapa hari!” kata Nadia dengan gembira.

Serlahkan keserian dalaman kulit anda hari ini dengan mandian Dettol Radiance. Ia membunuh kuman dan mengembalikan seri kulit anda dengan gabungan Vitamin C dan B3 untuk kulit yang cerah dan sihat berseri. Semua produk Dettol diuji secara dermatologi dan terbukti lembut pada kulit.

Dettol Radiance Body Wash kini boleh didapati dalam saiz 250 ml, 625 ml dan 950 ml di semua farmasi utama, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara, pada harga dari RM8.50 hingga RM21.90.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/dettolmalaysia.

Mengenai Dettol
Dettol adalah jenama antiseptik yang dipercayai sejak 1932. Sebagai jenama antiseptik terkemuka dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai, produk-produk Dettol menawarkan piawaian pembasmian kuman yang bermutu tinggi serta disyorkan oleh para profesional penjagaan kesihatan kerana keupayaan produk dalam menjaga kesihatan keluarga. Jenama ini mengekalkan kontemporarinya melalui pelancaran produk-produk baharu dan penawaran rangkaian produk yang luas dalam beberapa kategori yang boleh membantu pengguna-pengguna melindungi diri mereka daripada kuman. Produk ini termasuklah sabun buku, pembersih tangan, cecair pencuci tangan, gel mandian dan tisu basah antibakteria.

Dengan jaminan perlindungan kuman yang dijamin, Dettol sememangnya menjadi jenama yang dipercayai di kalangan ibu untuk melindungi keluarga mereka sepanjang hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deejay Radio RTM Parah Ditikam Penyamun

U Mobile Broadens Footprint In The East Coast Region