Pemuzik dan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS, masih bengang dan marah dengan tindakan sebuah portal hiburan yang membuat laporan palsu tentang perkahwinan rahsianya dengan penyanyi Alyah, duda anak dua itu memberi amaran kepada blogger dan juga media agar tidak mengulangi perkara itu.
“Saya harap benda-benda begini tidak berulang lagi. Saya juga tak mahu mengulas tentang apa-apa yang tak penting. Sekarang saya mahu fokus pada karier dan juga rumah yang lama tak siap.”
Enggan berkongsi lebih lanjut perihal hubungannya dengan penyanyi Kau Yang Terindah itu, Ramli berkata, biarlah perkara itu terus menjadi rahsia dirinya.