Umpama “Air Dicincang Tidak Akan Putus”, amat sinonim dengan jalan cerita yang bakal disiarkan menerusi Slot Panggung RTM sempena Hari Malaysia pada 16 September ini.
Semestinya TV2 mengajak penonton mengikuti drama bersiri bertajuk “Langit Yang Sama” disiarkan bermula 16 September hingga 19 September. Drama 4 episod terbitan Unit Drama RTM ini memaparkan konflik 4 keluarga yang berlainan latar belakang, agama dan budaya.
[pullquote align=”right”]Konflik Kekeluargaan Temukan 3 Budaya Dalam “Langit Yang Sama” di TV2 lakonan Khir Rahman, Amerul Affendi, Sherrie Merlis , Fazlina Ahmad Daud[/pullquote]
Memperkenalkan Amerul Affendi yang memegang watak utama sebagai Jati anak muda kelahiran Kelantan yang sedang menghadapi krisis dengan bapanya. Jati seorang yang keras hati dan berpendirian atas alasannya tidak mahu mengikuti jejak bapanya memperjuangkan Wayang Kulit, ini kerana beliau ingin keluar dari kelompok kemiskin.
Jati berhasrat mengikut jejak bapa saudaranya yang berjaya dalam dunia perniagaan. Manakala Meena seorang gadis remaja yang tidak berpuas hati dan sering berprasangka buruk terhadap ibu tirinya. Meena melalui hidupnya dengan kemurungan dan hanya mengenali dunia luar melalui internet. Segala-galanya berubah apabila Meena telah dipertemukan dengan Jati. Hubungan Meena dan Jati menimbulkan masalah ketika mereka sendiri ingin lari dari belenggu kehidupan.
Pok Ku bapa Jati amat risaukan kesihatan Jati, segalanya terbongkar apabila Pok Ku mendapat tahu Jati mendapat rawatan dari Dr. Aileen yang mempunyai rahsia hidupnya yang tersendiri. Usaha Aileen untuk berbaik semula dengan bapa mertuanya gagal. Kepulangannya disambut dingin oleh Ah Hong kerana harta mendiang anak lelakinya James. Dr. Zalia rakan rapat Aileen cuba membantu konflik yang dialaminya. Namun usahanya hanya sia-sia. Akhirnya Aileen pualng semula ke Sabah dan di sana dia menemui erti persahabatan yang terjalin selama ini.
Walaupun mereka berbeza bangsa dan budaya namun masing-masing punya konflik dalaman dan masalah yang tersendiri. Walau bagaimanapun masalah yang dihadapi mempertemukan mereka bertiga dalam mengenal erti kebahagiaan dan keamanan tanah air tercinta. Berjayakah mereka kembali semula ke pangkuan keluarga ?
Saksikan kesinambungan kisah tiga sahabat ini dalam mengharungi kisah suka duka kehidupan yang dipaparkan dalam Langit Yang Sama lakonan mantap dari Khir Rahman, Amerul Affendi, Sherrie Merlis, Fazlina Ahmad Daud dan Thor Kah Hoong bermula 16 September ini, jam 3.30 petang di TV2.