Johan As’ari mengakui dia tidak ada sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi Shila Amzah. Menurut Johan, kemesraan itu hanya sekadar teman biasa tambahan pula ibu-bapa mereka saling mengenali di antara satu sama lain. Johan ditemubual semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka WireFame Entertainment Sdn Bhd di sini pada malam Ahad lalu. Johan juga memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.
“Tiada apa yang istimewa di antara kami kerana saya dan Shila hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu. Saya ada bertemu dengannya di beberapa buah majlis selain saya bertandang ke rumahnya untuk beraya dan dia pula membalas lawatan itu ke rumah saya dan ditemani oleh ibu kami.
“Keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain sudah lama dan sering berjumpa tanpa kehadiran kami.”
Shila Tepati Pilihan Orang Tua Saya” – Johan As’ari
Melalui Portal GUA pula, pelakon Johan As’ari memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah mendapat restu daripada keluarganya malah pelakon ‘Juvana’ ini mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.
“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung.”
“Orang tua saya nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri dia. Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apapun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja.”
“Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini. Apa yang datang, saya akan jaga dengan elok. Saya tak letak dia sebagai calon jodoh, namun saya tak menolak dengan siapa saja jodoh yang datang kepada saya. Lagipun, siapalah saya ini jika nak dibandingkan dengan Shila. Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia.”
“Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut.”
Tambah Johan, berita itu mendapat perhatian disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang komitmen dalam perhubungan selain status sebagai artis menyebabkan ramai membuat spekulasi. Tentang perkhabaran dia bakal bertunang dengan seorang petugas stesen televisyen pada penghujung tahun ini, Johan berkata, ia cuma perancangannya dan hubungan dengan wanita dimaksudkan sekadar teman biasa.
Jelas Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih namun masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang.
“Saya memang merancang untuk bertunang pada akhir tahun ini tetapi siapakah wanita tersebut saya sendiri belum tahu. Ia cuma perancangan dan saya berharap ia akan terlaksana,”
Johan menambah, isu kononnya Shila menjadi perampas dalam hubungannya dengan wanita berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan berharap soal itu tidak dibangkitkan lagi.
“Saya faham orang cuba menyalahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana kami rapat sebagai kawan tetapi isu itu tidak timbul kerana saya dan wanita berkenaan juga hanya rakan biasa. Kenyataan saya ingin bertunang hujung tahun ini bukan bermakna saya akan bertunang dengan wanita berkenaan kerana saya sendiri belum tahu siapa jodoh saya.”
Sementara itu, Shila yang turut ditemui pada majlis sama turut senada dengan Johan dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan biasa. Jelas Shila, buat masa ini dia langsung tidak memikirkan soal cinta kerana ingin menumpukan perhatian penuh kepada kerjayanya yang sedang berkembang di China.
“Seperti mana saya pernah beritahu sebelum ini, saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang saya terima. Tetapi biarlah orang yang merisik itu di kalangan orang yang saya kenali dan direstui oleh ibu bapa saya,” katanya. Sumber: Mstar Online
Sebelum ini, khabar angin telah tersebar, Johan juga menjalinkan hubungan cinta dan dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya. Ini telah menimbulkan isu di mana Shila Amzah dikatakan sebagai perampas dan menjadi orang ketiga dalam isu ini. Mmm… sabar je lah ye Shila Amzah. Apa-apa pun, semua peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan korang.