Untuk semua peminat Afiz, ini dia gambar terbaru Afiz yang Budiey ambil di Suria FM Together-Gather Bersama Media pada hari Jumaat lalu. Sempena memperingati hari bapa, Hafiz ada menceritakan tentang insiden dirinya yang pernah menyebabkan ayahnya diserang sakit jantung. Di mana Hafiz memaksa ayahnya menghantarnya ke pusat tuisyen walaupun kesihatan ayahnya pada masa itu kurang baik.
Jadi, hargailah segala pengorbanan bapa anda selagi dia masih ada.
Hafiz tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di seluruh negara!