TX Date/Day: 7 June 2009, Sunday
Time: 11.00pm
Anda mahukan sesuatu yang romantik untuk menyemarakkan hari minggu anda? Jun ini 8TV akan membawakan kepada anda sebuah drama bersiri popular dari Indonesia berjudul “J”. Drama ini akan mula disiarkan pada 7 Jun 2009 jam 11 malam hanya di saluran hip 8TV.
“Kami membawakan kepada anda sebuah lagi drama bersiri hebat dengan barisan pelakon seperti Samuel Rizal, Nadine dan Fera yang pastinya akan buat anda terus melekat di kaca TV,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Junior (Samuel Rizal) atau dikenali dengan panggilan ‘J’ merupakan seorang jejaka kacak yang lahir dari keluarga berada. Setelah menamatkan Ijazah di Boston, Junior didesak oleh keluarganya untuk pulang dan perlu mencari seorang isteri. Sebagai anak yang baik dan sentiasa menurut kehendak keluarga, Junior akur dan tidak boleh menolak permintaan bapanya.
Bapa Junior telah menunjukkan beberapa keping gambar wanita-wanita cantik yang bukan sahaja berpelajaran malah datang dari keluarga yang kaya-raya untuk Junior memilih.
Junior terpikat dengan gambar seorang gadis bernama Vanina (Fera Feriska). Setelah bertemu dengan Vanina yang juga merupakan anak rakan baik bapanya, Junior benar-benar jatuh cinta dengan Vanina yang penuh dengan sifat rendah diri walaupun datang dari golongan berada.
Sedang Junior dan Vanina dalam proses mengenal hati budi masing-masing, Junior mula tertarik dengan seorang gadis bernama Vanisa (Nadine Chandrawinata) seorang gadis cantik, seksi dan bijak. Tidak hanya mempunyai fizikal yang menarik, Vanisa juga mempunyai cita-cita yang tinggi.
Junior mula tertarik dengan Vanisa yang mempunyai personaliti yang lebih agresif berbanding dengan Vanina dan beliau sentiasa mencuba mendapatkan segala yang dimahukan dalam hidup.
Setelah mengenali kedua-dua wanita ini, hati Junior berbelah bagi dan tidak tahu untuk memilih yang mana lebih layak menjadi isterinya. Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing.
Siapakah yang bakal Junior pilih untuk menjadi isterinya?
Untuk mengetahui bagaimana cinta tiga segi ini akan berakhir, jangan lepaskan peluang menonton “J” bermula 7 Jun 2009 jam 11 malam hanya di saluran 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.
Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan hanya melayari www.mobile.8tv.com.my