in ,

Senarai Peserta 12 Finalis Projek 3R

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung kembali bertemu penonton TV3 dengan musim ke-15 pada tahun ini. Selepas berehat selama 3 tahun, 3R Media dengan kerjasama TV3 bakal memperkenalkan barisan hos baru untuk musim baru menerusi ‘Projek 3R’.

Prebiu Media Projek 3R

Projek 3R, program realiti 7 episod yang memaparkan persaingan 12 finalis untuk bergelar trio hos 3R baru bakal menemui para penonton TV3 bermula 24 Ogos 2013, setiap hari Sabtu jam 6.00 petang. Padat dengan mesej positif dan progresif untuk wanita alaf baru, 3R mensasarkan calon-calon wanita muda yang berumur antara 21 hingga 26 tahun sebagai trio hos baru yang akan meneruskan legasi Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina).

[pullquote align=”right”]Siapa Bakal Menyambung Legasi 3R? Saingan 12 finalis dalam Projek 3R di TV3[/pullquote]

Seramai 1000 peserta telah hadir ke sesi uji bakat yang berlangsung selama 6 minggu pada bulan Mei dan Jun 2013 di sekitar Malaysia, hanya 12 finalis yang terpilih untuk menyertai program ‘Projek 3R’ sebelum menentukan siapakah 3 hos baru yang mengendalikan musim baru 3R. Lebih menarik, Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina juga bertindak sebagai mentor mereka dalam membimbing dan berkongsi pengalaman.

12 finalis Projek 3R terdiri daripada Jasmine (Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 23, Selangor), Dayah (Nur Hidayah Abu Bakar, 24, Kuala Lumpur), Puteri (Puteri Zulaiqha Mohd Arif, 23, Kuala Lumpur), Amirah (Siti Nor Amirah Mohamad Azmi, 22, Putrajaya), Nora (Nora Shikeen Abdul Rahim, 21, Kuala Lumpur), Zetty (Zetty Nabila Muhamad Ghazali, 22, Kuala Lumpur), Yvonne (Lee Yvonne, 24, Selangor), Fiona (Fiona Cheong, 22, Selangor), Tamila (Tamilarasi, A/P Manium, 21, Perak), Sara Z (Sara Nadzirah Zulkifli, 22, Selangor), Sarah Lois (Sarah Lois Dorai, 21, Sarawak) dan Zeek (Haziqah Azemi, 21, Kuala Lumpur).

Kesemua finalis Projek 3R diberikan beberapa sesi latihan dan bengkel oleh pihak produksi untuk mengasah kemahiran dan menambah ilmu mereka tentang kualiti yang diperlukan untuk bergelar hos 3R. Selain kemahiran berkomunikasi, mereka juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyahut apa saja cabaran yang diberikan. Kreativiti dan kerjasama juga merupakan kunci kejayaan bagi mereka untuk membuktikan kemampuan dan kredibiliti sebagai hos 3R.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik daripada Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton, justeru, hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari.

3R yang dicetuskan oleh Datin Paduka Marina Mahathir dan Lina Tan, 3R sering membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan remaja dan wanita muda secara terbuka dan tanpa selindung yang mencabar piawaian penapisan TV di Malaysia. Dengan kemudahan akses teknologi maklumat pada zaman sekarang, semua orang lebih cenderung meluahkan pendapat dalam laman sosial. Justeru, 3R juga berevolusi dan menyediakan platform paling sesuai kepada golongan remaja dan muda terutamanya kaum wanita untuk bertukar pendapat tentang isu-isu yang dipaparkan supaya tidak berlakunya diskriminasi. Wanita dan remaja adalah ejen perubahan dan 3R akan menyediakan ruang untuk mereka mencapai potensi mereka sambil mengambil berat tentang isu-isu sosial dalam usaha mencipta sebuah masyarakat progesif yang akan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

‘Projek 3R’ yang memaparkan pemilihan hos 3R disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013 manakala musim baru 3R yang menampilkan trio hos yang berjaya dalam pencarian hos 3R 2013 akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam. Projek 3R dan musim baru 3R menampilkan Garnier dan Maybelline sebagai penaja utama – Rakan Respon 3R manakala Dove sebagai Rakan Respek 3R.

Layari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my dan www.tv3.com.my serta ikuti perkembangan terkini daripada 3R dan TV3 menerusi Facebook, Twitter, Instagram & YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia dan TV3Malaysia.

Prebiu Media Projek 3R

Prebiu Media Projek 3R

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013

Bukti Zizan Razak Jadi Pengacara Akademi Fantasia 2013