in

Emak Arja Lee Meninggal Dunia

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikatnya. Pada hari ini, Budiey dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada pelakon dan selebriti terkenal Arja Lee, Salmah Aziz yang telah meninggal dunia di Pallative Care Unit (PCU), Hospital Selayang, pada pukul 4 pagi ini akibat penyakit kanser lelangit yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu.

Jenazah allahyarhamah telah selesai dimandikan, dikafan di hospital Selayang dan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat, hari ini.

Menurut Arja, pemergian allahyarhamah cukup dirasai kerana ibunya itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku-liku perjalanan sebagai insan seni.

Ucapan takziah dari Budiey untuk Arja Lee sekeluarga. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Emak Arja Lee Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Dalam Bag Luxola Girls: The Raya Edition

Bintang Mencari Bintang Raya Memeriahkan Suasana Raya