Saya sempat ke sana dan tiba dalam jam 3.30 petang untuk menemani 2 orang blogger yang turut sudi datang iaitu Faidhi dan Izham. Pelancaran album terbaru 6ixth Sense yang berjudul ‘6ixth Sense’ ini disempurnakan dengan penyampiaan plague kepada penaja, penganjur dan band ini sendiri.
Sebanyak 5 buah lagu baru yang termuat dalam album ini dibawakan untuk pendengaran para media dan wartawan. Setelah mendengar lagu mereka beberapa kali, saya kira pastinya irama-irama sebegini akan digemari oleh peminat muzik Malaysia mahu pun di Indonesia.
Irama muziknya begitu segar disuntik dengan lagu-lagu yang mesra di telinga dengan memuatkan lirik yang mudah difahami berkonsepkan universal dan cinta. Kepada anda peminat band yang pernah meletop dengan lagu Hari Ini dan Semalam ini, jangan lupa untuk mendapatkan album terbaru mereka yang kini berada di pasaran.
6ixth Sense kini tampil sebagai kumpulan pertama yang mempromosikan lagu terbaru mereka melalui produk digital mudah alih yang dikeluarkan bersama album terbaru berada di pasaran.
Selain menjadi produk eksklusif bersama Hotlink, 6ixth Sense juga dipilih sebagai ‘Artist of the Month’ di Maxis. Album kedua 6ixth Sense menampilkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Antara lagu-lagu yang dijangka hits ialah Tak Bisa Memilihmu, Cinta Sejati dan Hikayat Cinta II.
Setiap lagu disuntik dengan kelainan dengan lirik-lirik penuh mesej dan puitis. Semoga album ini memberi kepuasan kepada peminat setia 6ixth Sense.