[dropcap]S[/dropcap]elepas sahur pagi tadi, Budiey ada ternampak emel dari pengarah terkenal Syamsul Yusof di mana beliau telah mengupload trailer terbaru Filem KL Gangster 2. Jadi, Budiey pun klik dan tontonlah trailer ni untuk pertama kali. Selepas tonton, Budiey dapat simpulkan kat sini, trailer kali ini memang akan membuatkan ramai pengikut setia filem KL Gangster jadi teruja, excited dan sebagainya. Sangat ohsem ya trailernya. Diharapkan filemnya juga nanti se-ohsem trailernya juga ya. Syamsul Yusof juga ada mengumumkan di Twitternya, misi untuk mencapai 1 juta penonton trailer filem ini di Youtube! Semoga berjaya la ek. 🙂
[pullquote align=”right”]KL Gangster 2 menjadi filem paling dinantikan dan bakal ditayangkan mulai 3 Oktober 2013 di seluruh pawagam di Malaysia dan Singapura[/pullquote]
Selepas dua tahun sabar menunggu, Budiey dapat tahu filem arahan Syamsul Yusof ini bakal ditayangkan pada 3 Oktober 2013. Budiey dikhabarkan, garapan terbaru kali ini cukup dengan ramuan aksi yang sangat padat, gerakan kamera yang cantik dan lakonan mantap dari bintang filem terkenal masa kini, siapa lagi kalau bukan Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Razak, Soffi Jikan dan Syamsul Yusof. Tak hairanlah, ramai yang meletakkan harapan terlalu tinggi pada filem ini dengan mengatakan filem ini adalah filem aksi terbaik arahan Syamsul Yusof. Tidak keterlaluan jika Budiey katakan, kalau kita tengok aksi pergaduhan dalam trailer ini, ianya setaraf filem aksi antarabangsa. Setuju tak?
Budiey rasa, semua pelakon utama ada aura dan kumpulan peminat mereka sendiri sekaligus Budiey merasakan trailer video ini akan menjadi viral dalam dunia cyber dalam masa terdekat ni. Giler tak? Hari ni saje Budiey tengok ramai peminat Aaron Aziz dan Adi Putra duk share kat Twitter dan Facebook. Kerlas tak?
Sayugia diingatkan kepada semua, filem ini adalah filem prekuel dan proses nak siapkan filem ini antara yang paling lama dan paling mencabar dalam sejarah Skop Productions. Pengambaran makan masa 68 hari. Bajet kos pengambaran sahaja dah RM4.5 juta. Dikatakan pernah Syamsul Yusof merajuk gara-gara ditegur oleh ayahnya Datuk Yusof Haslam berkenaan dengan masalah yang dihadapinya untuk menyempurnakan filem ini. Isu ini menjadi lebih serius apabila pihak media mengandaikan Syamsul bergaduh dengan bapanya sehingga tak pulang ke rumah. Ala, biasala tu, gaduh anak beranak… Sesiapa pun akan jadi stress dan tension seperti Syamsul Yusof jika mengendong tugas besar. Menurut Syamsul, tekanan kerja untuk filem KL Gangster 2 ni tiga kali ganda lebih berat.
Dikhabarkan, filem terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance ini akan mengegarkan 100 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura. Dikatakan juga, mutu lakonan, babak aksi dan gaya suntingan serta kerja kamera filem ini dinaiktaraf menjadi lebih baik dari KL Gangster pertama.
Kelainannya, dalam KL Gangster 2 ini, ada penampilan khas dari bintang handalan Rosyam Nor yang memegang watak gangster psiko, panas baran dan ganas bernama Tailong. Semua aksi stunt dan aksi lasak dibuat sendiri oleh Rosyam Nor. Kerlas tak?
Dalam trailer ini, ada skrip Tailong cakap, sudah lama gua tarik isi perut lu kasi keluar! Lu komfom masuk syurga Ada aksi Adi Putra terjun dari bangunan, ada aksi Syamsul Yusof kena kepung polis, beberapa buah kereta diletopkan termasuklan sebuah kereta terjatuh dari tempat parking yang tinggi, ada aksi pergaduhan di pelabuhan,
Kehadiran Zizan Razak juga pastinya bakal mencuit hati penonton.
Filem ke-8 arahan Syamsul Yusof ini menonjolkan lebih banyak drama yang merungkaikan nilai persahabatan dan ikatan kasih sayang keluarga.
Budiey ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Syamsul Yusof. Semoga kutipan untuk filem ini lebih banyak dengan kepuasan tontonan maksima dan yang penting sekali, jalan cerita filem ini dapat diterima oleh semua penonton nanti.
Layari Facebook Kl Gangster 2: www.facebook.com/KLGangster2