Buat pertama kalinya petang kelmarin, Budiey bertemu mata dengan seorang pelakon bertaraf antarabangsa dan kini sedang giat mempromosikan filem terbitan KRU Studios iaitu Vikingdom. Siapa lagi kalau bukan Natassia Malthe yang menjadi teraju utama filem arahan Yusry Abdul Halim ini. Pelakon aksi lasak ini turut hadir memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa KRU Music yang diadakan di Hotel Peninsular, Jalan Semantan, Kuala Lumpur.
[dropcap]N[/dropcap]atassia Malthe bukan calang-calang pelakon ya sebab dia pernah membintangi filem mega Hollywood, Elektra berganding dengan Jennifer Garner dan DOA: Dead or Alive. Kini, Budiey difahamkan Natassia Malthe telah menetap di Thailand dan ini memudahkan lagi urusan untuk mempromosikan filem Vikingdom yang akan menemui penonton di pawagam mulai 12 September 2013.
Menurut Natassia Malthe, pengalaman bekerja dengan KRU Studios sangat mengujakan dan ia sangat menarik. Baginya, KRU sangat ‘cool’, peramah dan sangat mesra. Sampaikan apabila dia pulang ke Hollywood dan memberitahu rakan sekerja, kawannya tidak percaya ada penerbit yang ‘cool’ dan bagus di Malaysia. Mmm, macam tu sekali.
Yang penting, pelakon yang mempunyai keluarga di Sabah sebelah ibunya ini turut sinonim dengan aksi pertarungan tetapi menghairankan apabila pelakon kelahiran Norway ini tidak pernah mengikuti latihan mempertahankan diri. Natassia Malthe ni kira berwajah kacukan. Half Norwegian, Half Malaysian.
Vikingdom yang turut dijayakan pelakon utama drama bersiri Hollywood popular Prison Break, Dominic Purcell, Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) dan Conan Stevens (The Hobbit), memulakan promosi awalnya di YouTube dengan melancarkan treler filem itu, awal Mac lalu.
Gambar Natassia Malthe di Majlis Berbuka Puasa KRU Music