in

Cara-Cara Untuk Anda Sertai Uji Bakat Fear Factor Selebriti Malaysia

[dropcap]H[/dropcap]ey korang, nak tak jika ada peluang untuk masuk program realiti  Fear Factor Selebriti Malaysia? Korang dapat masuk TV, jadi popular dan yang penting dapat bergandingan dengan selebriti terkenal? Huh, sape tak nak! Budiey pun nak masukj gak ni. Jadi, di entri ini, Budiey nak jemput korang masuk dan buat langkah mudah untuk join Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua.

[pullquote align=”right”]Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali![/pullquote]

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013.

Fear Factor Malaysia ialah sebuah program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad berkata,

“Sejak mula lagi, matlamat kami ialah untuk menjadi pilihan utama setiap penonton. Justeru, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati para pelanggan kami menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza di saluran kami. Kami juga sentiasa berusaha untuk memberi kelainan dalam kandungan tempatan dan format program dan amat positif dalam usaha untuk terus menawarkan pelbagai kandungan yang diadaptasi daripada format program antarabangsa yang mana setiap perincian akan diambil kira untuk memastikan elemen tempatan dapat diterapkan sekaligus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan masyarakat di negara ini yang berbilang kaum.”

“Melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telahpun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan para penonton. Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekaligus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air.

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya.”

[pullquote]Saringan Pertama Sesi Uji Bakat Secara Online Kini Dibuka[/pullquote]

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Cara-Cara Untuk Anda Sertai Uji Bakat Fear Factor Selebriti Malaysia

Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.

Kandungan video tersebut juga haruslah menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?

Program Fear Factor Malaysia bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) kelak. Sebarang butiran lanjut yang lebih terperinci mengenai program ini akan diumumkan kelak.

GARIS PANDUAN PERYERTAAN PROGRAM FEAR FACTOR MALAYSIA

1. Garis Panduan Mengisi Borang Penyertaan:
a) Muat turunkan Borang Penyertaan
b) Isikan borang penyertaan dibawah dengan terang. Sila ambil masa dan jawab setiap soalan sepenuhnya. Sila jawap setiap soalan secara betul.
c) Pada ruang muat naik online (online uploader) isikan nama and nombor kad pengenalan anda
d) Kepilkan borang penyertaan pada ruang muat naik online (online uploader)
e) Kepilkan gambar penuh diri anda (180 pixels x 180 pixels in 72 resolution dpi) pada ruang muat naik online (online uploader)
f) Muat naikkan video anda pada ruang muat naik online (online uploader)
g) Tekan butang “Hantar”

2. Garis Panduan Penyerahan Video
a) Rakamkan video tidak melebihi 2 minit atau melebihi 30MB mengenai diri anda dan jawab soalan-soalan berikut:

• Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
• Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
• Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?

b) Pastikan wajah anda dapat dilihat dengan jelas dan audio rakaman anda jelas
c) Pastikan anda menyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video anda
d) Muat naikkan video anda melalui kotak muat naik yang terdapat di akhir borang penyertaan
e) Setiap video mesti mengikut peraturan yang tertera pada Terma dan Syarat Peraduan . Video yang didapati menyinggung perasaan, lucah, tidak senonoh atau tidak wajar terhadap Pengajur dan/atau Astro akan disingkirkan dengan serta-merta

f) Jika anda tidak boleh muat naikkan video anda, anda boleh menghantar video anda melalui link WeTransfer dibawah. Jika anda memilih untuk menggunakan cara ini, sila nyatakan URL WeTransfer di dalam kotak yang disediakan dalam Borang Penyertaan.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diambil kira

Cara-Cara Untuk Anda Sertai Uji Bakat Fear Factor Selebriti Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ara & Aris Spread Hari Raya Joy in Pavilion KL

AirAsia Bantu Pelajar Akademi Badminton AirAsia