Sebenarnya, ini bukan kali pertama cerita dan gosip liar pergaduhan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk bergaduh di gembar gemburkan oleh media. Dah banyak kali saya dengar dan baca di dada akhbar dan forum gosip artis. Peminat pun rasanya dah lali dan tidak melatah pun. Tuan empunya diri, Siti Nurhaliza pun lagilah kan… tetapi berat mata memandang, berat lagi mata memikul.
Saya kira satu cara untuk mematahkan segala pakatan untuk meranapkan rumantangga Siti Nurhaliza dan suami ialah dengan menyaman dan membawa mereka yang dengki dan cemburu ke muka pengadilan. Ajar sikit, baru orang tak berani nak buat cerita yang bukan-bukan.
Melodi, program yang dihos oleh Fara Fauzana dan Wahid di TV3 tengahari tadi siap buat panggilan eksklusif berbual dengan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang kini berada di Bali, Indonesia. Siti dan Datuk Khalid pun baru sahaja tahu tentang gosip mereka bergaduh kerana semalam, Siti dan Datuk K berlepas ke Bali pada awal pagi, jadi tak sempat nak baca akhbar. Cuma selepas sampai di Bali, mereka dihubungi oleh kawan-kawan yang bertanyakan kontroversi Datuk K menampar Siti Nurhaliza.
Dari mulut Siti sendiri, berita tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Ini cerita yang datang dari orang yang tidak sihat, dari orang yang sakit telinga, sakit hati dan sakit mulut. Datuk K merasa kesal kerana berita tersebut dikeluarkan tanpa bertanya terus dan mendapat kenyataan dari Datuk K sendiri.
Ironinya, pada hari Siti Nurhaliza dikatakan masuk wad itu, Siti Nurhaliza sebenarnya menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan di satu penempatan Felda. Ini adalah fitnah yang tidak sihat dan satu dosa yang besar. Jadi, kepada mereka yang buat kenyataan Datuk K bergaduh dengan Siti Nurhaliza, habislah hilang segala pahala korang, dan dosa Datuk K pula yang korang tanggung. Itu kata Datuk K sendiri di Melodi tengahari tadi.