in

Gossip: Pelakon Wanita Pinggirkan Pengarah Sebab Kekasih?

CERITA mengenai sikap pelakon wanita ini pernah SS tegur sebelum ini. Sebabnya, artis cantik ini yang dilamar sebagai pelakon utama untuk satu filem baru buat hal dan mahu tarik diri pada saat akhir sebelum penggambaran filem bermula.

SS percaya mana-mana produser pun pasti naik berang jika pelakon buat hal macam ini. Selepas satu ‘kontroversi’ yang dicipta pelakon ini, satu lagi cerita sampai ke telinga SS.

Cerita terbaru, pelakon ini menjauhkan diri daripada pengarah filem itu sebaik penggambaran filem berakhir. Mengikut cerita yang SS dengar, pelakon ini mulanya tidak mempunyai masalah bertemu pengarah berkenaan. Lagipun apa yang SS tahu, pengarah ini hanya bertemu untuk bercerita mengenai filem baru yang dijayakan mereka.

Sebagai pengarah dan pelakon, interaksi yang lebih jelas seperti skrip dan lakonan yang dikehendaki amat penting supaya tidak berlaku kesilapan atau salah faham ketika penggambaran.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila penggambaran selesai. Pelakon ini dikatakan berubah sikap secara tiba-tiba dan cuba mengelak untuk bertemu pengarah itu.

SS pun naik hairan juga kenapa pelakon itu berubah sikap. Hendak kata pengarah itu buat perkara tidak senonoh, setahu SS dia bukan jenis manusia macam itu.

Rupanya SS dapat tahu, pelakon itu bersikap sedemikian kerana dipengaruhi ‘kekasihnya’. Mungkin SS beranggapan, kekasihnya yang dimaksudnya cemburu apabila pengarah belum kahwin itu ‘kacau’ teman wanitanya yang sebelum ini hanya dianggap sebagai rakan karib.

SS memang tidak nafikan pelakon ini bersama kekasihnya seperti belangkas ke mana saja mereka pergi. Malah, mereka pernah bekerjasama untuk satu program TV. SS harap jika benar sikap pelakon wanita ini sebegitu, lebih baik dia berfikir panjang dan profesional.

Pelakon itu harus ingat, jika dia mahu terus berjaya dalam bidang lakonan perlu menjaga hubungan baik dengan pengarah dan produser. Jangan sampai dicop pelakon bermasalah, pengarah dan produser lain juga malas mahu ambil dia berlakon lagi. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Suria FM Senyum & Menang RM 18,000 Bersama Tuah & Zizi

Gugu Gaga Bersama Erra Fazira di Astro Ria