in

Kempen Suria FM Senyum & Menang RM 18,000 Bersama Tuah & Zizi

KEMPEN SURIA FM SENYUM & MENANG RM 18,000 BERSAMA TUAH & ZIZI

Sebagai tanda terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokong dan lanjutan daripada pertambahan jumlah pendengar hampir 200 ribu orang pada kajian terbaru AC Nielsen, Stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti, Suria Fm, akan menganjurkan kempen istimewa ‘Suria FM Senyum & Menang RM 18, 000 bersama Tuah dan Zizi’ yang bermula 1 Jun dan berakhir pada 3 Julai nanti.

Caranya mudah dimana orang ramai hanya perlu merakamkan gambar secara kreatif bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi di destinasi terpilih menerusi siri jelajah ke seluruh Negara termasuk Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Kelang. Lokasi dan masa, boleh didapati di www.suriafm.com.my selain mendengarkan siaran Suria fm.
 
Bagi yang terlepas peluang bergambar secara ‘live’, mereka boleh merakamkan gambar kreatif menerusi replika khas krew Breakfast@suria yang diletakkan di cawangan-cawangan Mydin terpilih selain Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bharu dan Plaza Alam Sentral Shah Alam dan penyertaan dihantarkan menerusi online di www.suriafm.com.my.

Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM 10 ribu, dan pemenang kedua bakal membawa pulang RM 5 ribu manakala hadiah harian berjumlah RM 3 ribu yang mana pendengar Suria berpeluang memenangi RM 100 setiap hari bermula 1 Jun hingga 3 Julai. 

Bermula 1hb Jun, 1 gambar kreatif terpilih akan dipaparkan di www.suriafm.com.my setiap hari.  1 soalan berkaitan gambar kreatif yang dipaparkan akan disebut oleh Tuah dan Zizi menerusi Segmen Breakfast@suria.  Untuk mendapatkan jawapan, mereka perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai ‘VIP SURIA FM’ di www.suriafm.com.my dan seterusnya menghubungi bilik studio di talian 03-40411053 untuk memberikan jawapan kepada Tuan dan Zizi.

Pada minggu terakhir kempen ini iaitu bermula 29 Jun (Isnin), hingga 3hb Julai (Khamis), 5 gambar kreatif terpilih akan dipaparkan serentak dan proses undian secara on-line dibuka kepada pendengar Suria fm. Setiap hari, 1 gambar yang mendapat undian terendah akan di keluarkan. Bagi membolehkan pendengar memenangi RM 100, mereka perlu jadi pengundi bertuah dengan slogan terbaik ‘saya mendengar Breakfast@suria kerana….’ (tidak lebih 10 perkataan) akan menangi.

Klimaks kempen ini adalah pada 3hb Julai (Jumaat), yang mana 2 pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi akan di bawa ke studio Suria Fm untuk bersama Tuah dan Zizi dan undian pendengar akan menentukan pemenang  RM 10 Ribu untuk gambar paling kreatif  dan pemenang RM 5 ribu untuk pemenang di tempat kedua.

Keterangan lanjut tentang kempen ‘Suria fm Senyum dan menang Rm 18 Ribu Bersama Tuah & Zizi” boleh didapati di www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia

Gossip: Pelakon Wanita Pinggirkan Pengarah Sebab Kekasih?