Sekali lagi, pelakon Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.
Rasanya, tak jadi isu besar sebab Budiey kira, kita dah tengok Fasha Sandha berkemban sebelum ini. Tapi dalam filem ini memang lain sikit. Tak percaya, korang kena tonton. Agaknya Fasha Sandha mahu mengembalikan ingatan peminat dengan lagak seksi Sofea Jane yang pernah berkemban dalam filem Perempuan, Isteri dan Jalang? Semoga lakonan Fasha cemerlang sebagaimana yang diharapkan.
Apa-apa pun, jangan lupa tonton filem lakonan Norman KRU, Fasha Sandha, Fouziah Gous, Que Haidar, Almy Nadia dan ramai lagi ini di pawagam mulai 2 Julai nanti. Ingat… 2 Julai!
Cuba teka, apakah yang dipegang oleh Fasha Sandha tu?