in , ,

Bapa Mertua Kesal & Kecewa Ashraf Muslim Berbohong

Namun Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, mengejutkan semua pihak apabila memberitahu dia sudah bernikah dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.

Budiey dah baca banyak komen dan respon daripada peminat Ashraf Muslim dan juga pembaca tentang isu ini. Ada yang dah hilang respek kat Ashraf Muslim. MasyaAllah. Jangan sampai macam tu sekali ya. Cuba korang duduk di tempat Ashraf, apa yang korang rasa.

ohartis-ashraf-muslim-kahwin9

[dropcap]D[/dropcap]alam akhbar pada hari ini, hanya ada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mertua Ashraf Muslim yang katanya sangat kesal dengan tindakan menantunya itu yang bertindak membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman.

“Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.”

Lokman Abdul Hamid, 54, selaku pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikai tindakan Mohd. Ashraf yang dianggap terburu-buru apabila bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

“Kalau mahkamah membenarkan permohonannya (berpoligami), kami akan akur, tapi belum pun mahkamah buat keputusan, dia sudah pergi bernikah di Thailand.”

[pullquote align=”right”]“Kami rasa ditipu, kami tak faham kenapa dia buat macam itu.” – Bapa Mertua Ashraf Muslim[/pullquote]

Lokman Abdul Hamid, 52, telah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ashraf Muslim semasa ditemui media ketika menemani anaknya, Noor Dayana, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam untuk mendengar permohonan kebenaran berpoligami yang difailkan Ashraf, April lalu.

Ashraf Muslim dikatakan telah memberitahu ayahnya di Melaka juga cakap terpulang kepadanya untuk buat keputusan, tapi bapa mertuanya tahu ayahnya juga tak redha untuk Ashraf berkahwin seorang lagi. Menurut Lokman lagi, dia tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak. Ini disebabkan mereka baru sahaja berkahwin dua tahun, sedangkan Dayana pula baru habis belajar dan bekerja sebagai perubatan latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana dia pergi ke Thailand adalah tujuannya untuk bernikah. Ashraf bagi tau Dayana dia ke Thailand atas urusan perniagaan. Isteri dia dapat tahu pun selepas terjumpa dokumen perjalanan dalam beg pakaiannya.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku. Dia (Ashraf) tarik balik permohonan poligami sebab dia sudah bernikah di Thailand. Bila kami tanya kenapa nikah di sana, dia tidak beri alasan.”

“Dayana tahu perkara ini Selasa lalu, Bila ditanya, baru Ashraf mengaku.”

Hj Lokman turut menafikan yang anaknya Noor Dayana redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua dan tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri. Anaknya jelas tak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Dayana selepas ini dan tak mahu masuk campur.
“Daripada mula lagi pun anak saya tidak rela atau redha dengan keputusan untuk relakan Ashraf kahwin lain. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar.”
Lokman juga memberitahu dia dapat menghidu perubahab tingkah laku menantunya itu ketika mereka sama-sama menunaikan umrah di Mekah pada Jun tahun lalu.
“Saya syak ada sesuatu yang tak kena. Saya tanya dia depan Kaabah. Kemudian dia mengaku menjalinkan hubungan dengan perempuan itu sembilan bulan selepas kahwin.”
Menurutnya, Ashraf mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen TV dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana.
Ditanya tentang hubungan mereka sekarang ini antara bapa mertua dan Ashraf, Lokman menjawab:
“Hubungan kami masih baik tapi lepas apa yang terjadi hubungan itu dah tentu tak sama seperti sebelum ini. Bagaimanapun saya tetap menghormati pendirian anak saya. Sejak kejadian ini dia banyak menangis tapi, dia kuat. Disebabkan sayang dan hormat terhadap suami. Dayana masih tinggal sebumbung dengan Ashraf di Setiawangsa.”
Rentetan dari kes ini, Lokman memberitahu mulanya Dayana mohon mahkamah menangguh kes itu kerana dia tak ada peguam. Justeru, mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi.
Budiey harap, Dayana kuatkan semangat menempuhi rumahtangga.

Maka betullah gossip dan khabar angin Ashraf Muslim nak kahwin sorang lagi ni kan?

ashraf-muslim-tambah-isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Noniswara Sah Bercerai Secara Taklik

Sekitar Uji Bakat Over The Top Musim Ke-2 Yang Happening