[dropcap]D[/dropcap]alam diam-diam rupanya penyanyi Adira akan mendirikan rumah tangga. Betul ke? Budiey rasa cam tak caya je. Terkejut juga dengan berita ini. Sebab, selepas beliau putus cinta dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, tidak pula kedengaran nama Adira dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Namun berita pernikahan gadis kelahiran Sabah ini semakin hagat diperkatakan ekoran sekeping foto yang dimuat naik ke Instagram oleh pereka fesyen, Ezuwan Ismail, semalam.
Dalam foto gambar itu, kelihatan seperti Adira sedang menempah baju bersama dengan seorang jejaka yang dikenali dengan nama @sharul_jr
Bersama foto itu Ezuwan juga menulis,
“Just finish with @adirayayang91 and @shahrul_jr. Persediaan untuk…? Tq for choosing #eikl #ezwanismail.”
Siapa yang tidak kenal dengan Ezuwan, seorang pereka fesyen kegemaran ramai artis tempatan dan kebanyakan artis dan pelanggannya akan memilihnya untuk membuat tempahan baju kahwin dengan beliau.
Lantas, sudah tentulah foto berkenaan menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Malah, banyak komen pada foto itu bertanya adakah Adira mahu bertunang atau berkahwin? Kita nantikan saja pengumuman rasmi dari tuan empunya badan. Kalau benar seperti yang didakwa, harapnya Adira boleh lah juga berkongsi berita gembira itu bersama umum.