Kelmarin (11 Julai 2007), Omar menghantar wakil merisik di rumah bapa Ning di Shah Alam. Majlis pertunangan akan berlangsung pada minggu hadapan. Dengan cincin belah rotan untuk Ning menandakan ikatan suci akan dimeterai.
Ning mengaku yang hubungan mereka sudah setahun berkenalan dan mengenali Omar sebagai seorang jejaka pilihan hati yang begitu bertanggungjawab dan memahami dirinya. Satu majlis akan diadakan bagi meraikan pertunangan ini dan bila dan di mana akan diumumkan oleh Ning Baizura kelak.
Kepada Ning Baizura, Budiey ingin mengucapkan selamat bertunang dan semoga segala yang dirancang akan berlangsung dengan lancar, tenang dan aman.