in

Qari Junior Musim Kedua Evolusi Huffaz

[dropcap]A[/dropcap]l-Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Islam sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan manusia. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib menghayati setiap patah ayat al-Quran dengan cara membaca, mendengar atau mempelajari khazanah mukjizat yang terdapat dalam kitab suci itu.

Bersempena menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, Qari Junior kembali untuk musim kedua yang dikenali sebagai ‘Qari Junior Evolusi Huffaz’ setelah menerima sambutan yang menggalakkan pada musim lepas.

10 orang peserta bersama hos, Mohammad Tajdid Hadhari Romli (1)

Program 30 minit ini menampilkan finalis Da’i, Mohammad Tajdid Hadhari Romli sebagai pengacara. Program ini akan mencungkil dan mengembangkan bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran. Menariknya program 19 episod ini, ia bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

[pullquote align=”right”]Program ‘Qari Junior’ Kembali Untuk Musim Kedua. Hayati Bulan Ramadan Dengan Alunan Ayat Suci Al-Quran Di TV3.[/pullquote]

Sesi ujibakat bakat yang diadakan di Sri Pentas TV3, bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang pada 27 dan 30 April 2013 yang lalu, telah menerima penyertaan hampir 100 orang peserta dari serata Malaysia. Namun, hanya 10 peserta yang layak dan berbakat dipilih bertanding di dalam program Qari Junior Evolusi Huffaz. Di setiap penghujung episod program ini, terdapatnya sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang mara ke pusingan akhir.

Pusingan Qari Junior Evolusi Huffaz menyaksikan persaingan antara peserta Muhammad Amnan Muhammad Sani (10 Tahun), Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi (11 Tahun), Mohd Aribfuddin Mohd Ali Ridza (11 Tahun), Nadiyya Muhammad Lukman (12 Tahun), Muhammad Hafiz Muhammad Lukman (10 Tahun), Mohd Yusof Johari (12 Tahun), Saiful Hadi Baharin (11 Tahun), Durrani Afiqah Kamarazaman (10 Tahun), Tuan Muaz Uzair Tuan Mazlan (7 Tahun) dan Nasrin Afrina Nizam Amiza (12 Tahun). Cabaran akan diberikan kepada para peserta di mana mereka dikehendaki menghafaz surah yang diberikan seperti surah Al-Harsh, surah An-Najmi, surah Al Mulk dan surah As-Saff. Markah para peserta akan diambil kira dari sudut Hafazan, Tajwid, Fasohah beserta Suara dan Lagu.

Kemerduan alunan ayat suci Al-Quran yang dipersembahkan oleh setiap peserta akan diadili oleh juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Menurut Penerbit program Qari Junior, Shukri Haji Ibrahim berkata,

“Program keagamaan untuk kanak-kanak ini berjaya mencuri tumpuan penonton TV3 pada tahun lepas. Kejayaan musim lalu memberi peluang kepada pihak produksi kembali dengan musim baru. Konsep dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini dan segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Di samping itu, untuk memberi persiangan dan cabaran yang lebih hebat kepada peserta-peserta, kami telah memberikan pendedahan baru di mana peserta diberi peluang untuk memasuki kelas tajwid selama 5 hari sebelum bertanding.”

“Selain dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjadi Qari yang terunggul, kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior Evolusi Huffaz mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis Qari kelak.”

Juara Qari Junior Evolusi Huffaz akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan TV3, sijil penghargaan dan baucer penginapan di Sibu Island Resort Johor selama tiga hari dua malam manakala saguhati akan menerima RM2,500 setiap seorang beserta plak sumbangan TV3 dan sijil. Hadiah sampingan berupa hamper bernilai RM300 sumbangan dari Restoran Andalus Morrocon, baucer makanan RM350 daripada Restoran Hadramawt Palace, beserta pakej latihan menunggang kuda selama 1 tahun di Kelab Denai Alam Recreatinal juga turut disampaikan. Sebuah trofi istimewa dinamakan Trofi Tan Sri Hassan Al- Zahari turut diberikan kepada Qari yang dapat menyampaikan bacaan dengan taranum, tajwid dan suara yang jelas.

Jangan ketinggalan untuk menonton program yang diterajui oleh Shukri Haji Ibrahim selaku Penerbit, Ruzmi Kamarudin sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh Primeworks Studios yang bermula pada 8 Julai 2013 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 – 7.00 petang di TV3 manakala siaran ulangannya pada jam 6.30 – 7.00 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Penonton boleh layari Facebook, Instagram dan Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Hos, Mohammad Tajdid Hadhari bersama salah seorang peserta Qari Junior Evolusi Huffaz

10 orang peserta Qari Junior Evolusi Huffaz

3 peserta perempuan, Nasrin Afrina Nizam Amiza (12thn), Durrani Afiqah Kamarazaman (10thn), Nadiyya Muhammad Lukman (12thn)

Juri utk Qari Junior Evolusi Huffaz kali ini, Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman (1)

Hos, Mohammad Tajdid Hadhari bersama 3 peserta Qari Junior Evolusi Huffaz

10 orang peserta bersama hos, Mohammad Tajdid Hadhari Romli (2)

Peserta berbincang dan berkongsi pengetahuan sebelum diuji

Juri utk Qari Junior Evolusi Huffaz kali ini, Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman (2)

Peserta Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi (11 Tahun)

Peserta Mohd Aribfuddin Mohd Ali Ridza (11 Tahun)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Malaysia Lancar Laman Khas Untuk Ramadan

Review The Hotel Mulia Senayan Jakarta