in

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

[dropcap]S[/dropcap]aluran Ceria Anda, ntv7 pada 7 Julai 2013 yang lalu telah meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi.

Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan).

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Turut memberi kelainan kepada acara larian itu adalah para peserta selebritinya yang mengambil bahagian. Antara selebriti yang menyokong larian amal itu adalah Fara Fauzana, Soo Wincci, Low Ngai Yuen, Thanuja Ananthan, Aishah Sinclair, Sasha Bashir, Charles Mohan, Jasmine Abu Bakar, Adam Zain, Baki Zainal, Debbie Goh, Frederick Lee, Leslie Chai dan Adrian Tan.

Bagi mereka yang suka bergambar bersama karakter kegemaran mereka, acara itu juga akan membawakan maskot yang amat sinonim dengan saluran itu, Doraemon dan Nobita selain maskot terbaru ntv7 sendiri yang dinamakan Yuan Yuan. Maskot lain yang bakal muncul di tengah-tengah kesibukan acara larian itu adalah Pow Pow dari 8TV, karakter terkenal Line, Brown dan Cony, selain daripada maskot Canimals, Supertots, Boboiboy dan Bola Kampung.

Pastinya peserta larian akan terus bergembira di garisan penamat di mana pelbagai aktiviti akan diadakan di Central Park, Bandar Utama. Pelbagai gerai boleh dikunjungi termasuklah gerai oleh rakan acara itu seperti Fly FM, Hot FM dan one FM yang turut menyokong acara itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti meraih kutipan amal tambahan buat benefisiari terpilih larian itu dengan menjual pelbagai barangan eksklusif, buah-buahan serta minuman botol siap The Coffee Bean. Portal Video No.1 Malaysia, Tonton juga tidak ketinggalan menjual aiskrim untuk usaha amal itu. Pelbagai lagi gerai aktiviti yang boleh dikunjungi akan dikelolakan oleh New Straits Times Press, Brooks, Celebrity Fitness, Kidzania, Love On Wheels dan Original Bootcamp.

Sambutan di Central Park, Bandar Utama dimulakan dengan persembahan Gendang 24 Musim oleh Sekolah Tinggi Chong Hwa di pentas utama diikuti ucapan ringkas oleh Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul. Kata Airin:

“Larian Feel Good ntv7 ternyata berjaya mencapai sasarannya sejak dianjurkan pada tahun 2011. Tahun ini, Feel Good Run 2013 berjaya memecahkan pelbagai rekod termasuklah jumlah rekod pelari yang telah bertambah. Pendaftaran buat larian itu tahun ini juga ditutup seawal 7.5 hari – rekod terbaik kami buat masa ini.”

Feel Good Run 2013 juga berjaya mengutip sejumlah RM208,200 daripada hasil yuran pendaftaran para peserta dimana ia akan dibahagikan kepada empat penerima sumbangan yang terpilih pada tahun ini. Wakil yang hadir menerima replika cek tahun ini adalah Dato’ Hatijah Ayob, Presiden Persatuan Penyakit Jarang Jumpa, En. Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Kanak- Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima bagi pihak Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cik Christine Chin, Pengerusi SPCA Selangor serta Cik Abigail Peter, Eksekutif Perhubungan Awam dari Hospis Malaysia.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelari, rakan-rakan acara yang terlibat serta para penyokong yang telah menjayakan kutipan derma buat larian ini. Larian amal ini juga sebenarnya telah berjaya mengutip hampir keseluruhan RM1 juta buat 12 buah benefisiari terpilih sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun 2011,” tambah Airin.

Tumpuan acara pada hari itu juga adalah apabila ntv7 meraikan “15 Feel Good Years” dengan sesi pemotongan kek bagi melengkapkan sambutan ulang tahun saluran itu. Turut berkongsi kegembiraan acara itu adalah pelari dan penonton setia, Brenda Ong yang turut meraikan hari lahirnya pada 7 Julai. Apatah lagi kejutan istimewa itu dirancang bersama ntv7 apabila nama peserta itu tiba-tiba diumumkan oleh pengacara Guibo dan Adrian Jalaludin. Brenda turut sama ke pentas utama bersama para selebriti, maskot dan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad. Selain itu enam orang lagi pelari yang juga memiliki tarikh lahir serupa juga berkongsi saat gembira itu bersama ntv7.

“Ianya merupakan 15 tahun yang amat bermakna bagi kami. ntv7 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penonton yang setia menyokong saluran, rancangan dan acara kami. ntv7 akan terus menawarkan pelbagai rancangan menarik dan hebat serta acara yang penuh kelainan bagi menceriakan lagi para penonton Saluran Ceria Anda,” kata Airin.

Sambutan diteruskan dengan ratusan belon dijatuhkan sebagai gimik cabutan bertuah di mana pemenang bertuah akan mendapat belon khas dengan mesej istimewa. Antara hadiah menarik yang menjadi milik mereka adalah sesi latihan peribadi percuma oleh Celebrity Fitness, baucar penginapan hotel oleh Grand Lexis Port Dickson, bakul berisi buah-buahan eksklusif oleh MBG, kasut dan pakaian sukan oleh Broks, patung koleksi oleh LINE, lawatan ke Legoland oleh AM Leisure dan banyak lagi.

Sementara itu, pemenang cabaran “30-Days Challenge” sebuah peraduan khas sempena larian itu turut menerima hadiah utama iPad mini. Gary Hor dari Pulau Pinang berjaya memenangi cabaran itu setelah memuat naik gambar dan berkongsi kisah menarik menurut tema yang ditetapkan setiap hari menerusi aplikasi Instagram dan ruangan Twitter.

Persembahan khas oleh kumpulan pancaragam dari negara Filipina “Citizen’s Brigade Band of Dasmarinas” juga menaikkan lagi semangat acara Feel Good Run 2013.

Pasukan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7 juga akan menerbitkan sebuah rancangan “Feel Good Run 2013 Special” yang akan disiarkan pada 18 Julai 2013 jam 7.30 malam yang menampilkan kandungan menarik daripada acara larian itu. Dua video viral juga telah dihasilkan khas buat Feel Good Run 2013 menampilkan Ratu Cantik Malaysia 2009 yang juga aktivis haiwan, Thanuja Ananthan yang berkongsi kisah tujuan lariannya.

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

KATEGORI LARIAN WAKTU PELEPASAN LOKASI
15KM Feel Good Run 7.00am Sri Pentas, Bandar Utama
7KM Feel Good Run 7.30am
2.3KM Bananana! Run 7.40am

ATURCARA FEEL GOOD RUN 2013 LOKASI
6.00am Arrival of runners Sri Pentas, Bandar Utama
Baggage deposit service at Central Park
6.30am Pre-run warm-up by Celebrity Fitness
7.00am Flag off for 15KM Feel Good Run
7.30am Flag off for 7KM Feel Good Run
7.40am Flag off 2.3KM Bananana! Run
7.55am Expected arrival of 1st runner in various categories Central Park, Bandar Utama
8.00am On-ground activities starts
8.30am 24 season drums performance Chong Hwa Independent High School
8.35am Welcome address by Emcees, Adrian Jalaludin and Guibo
8.40am Thank you note by Ms. Airin Zainul, Group General Manager of ntv7 & 8TV
8.45am Cheque presentation to beneficiaries
9.00am 15 Years of Feel Good Moments cake cutting ceremony
9.10am 30-Days Challenge prize presentation
9.15am Lucky Draw
9.30am Closing performance by marching band, Citizen’s Brigade Band of Dasmarinas from Philippines
10.00am Closure of baggage deposit service
Event ends

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Sahabat Mari Beramal Bersama Colgate

Apa Sebab Rozita Che Wan Merajuk Dengan Zain Saidin?