[dropcap]M[/dropcap]ajlis pelancaran kempen amal tahunan Colgate, ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ kali ke-6 yang diadakan di KidZania pada Sabtu lalu padat dengan muzik, keseronokan dan sorakan. Majlis itu turut memperkenalkan salah seorang penyanyi paling berbakat di Malaysia masa kini, Najwa Latif, sebagai Sahabat Mari Beramal Bersama Colgate di mana beliau seterusnya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu mengumpul RM150,000 bagi 15 rumah kebajikan di Malaysia.
Pada bulan Ramadan setiap tahun, Colgate memperuntukkan sebahagian daripada kutipan jualan setiap pek amal Colgate yang bertanda khas bagi tujuan amal. Sejak tahun 2008, kempen tersebut telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM747,500 yang telah disalurkan untuk memberi bantuan yang diperlukan oleh kanak-kanak agar mereka mendapat penjagaan asas dan pendidikan serta untuk penyelenggaraan rumah-rumah kebajikan yang mereka diami.
Puan Wanazlina Idaham Merican, Pengarah Perundangan Colgate-Palmolive Malaysia berkata:
“Kempen ini adalah cara Colgate menyumbang kembali kepada masyarakat. Ia menunjukkan bagaimana tindakan yang mudah dengan membeli keperluan harian boleh membawa kepada pengalaman yang mampu mengubah kehidupan orang lain. Kami amat berterima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia saban tahun.”
Pada tahun ini, kempen ini juga diharapkan dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada kanak-kanak yang terlibat: inspirasi untuk mencapai impian masing-masing sebagaimana yang ditonjolkan oleh Najwa Latif.
Mengenai pemilihan Najwa sebagai Sahabat kempen, Puan Wanazlina menjelaskan, “Semangat, dedikasi dan ketekunan Najwa mencapai impiannya dalam bidang muzik juga merupakan ciri-ciri positif yang kami harap dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak yang mengagumi beliau. Najwa adalah contoh yang baik sebagai seorang remaja yang berusaha gigih mencapai impiannya.”
Bermula sebagai penyanyi sensasi di Youtube, Najwa kini merupakan artis rakaman popular yang diminati ramai. Penyanyi dan pencipta lagu berusia 18 tahun tersebut berkata,
“Kanak-kanak yang beroleh manfaat daripada kempen amal ini rata-rata hanya beberapa tahun lebih muda daripada saya. Saya memahami perasaan mereka di peringkat usia sedemikian yang sering mengimpikan pelbagai perkara. Saya juga berasa gembira dan bersyukur atas peluang yang diberikan untuk memberi inspirasi kepada mereka.”
[pullquote align=”right”]Kempen Colgate sempena Ramadan untuk mengumpul sumbangan sebanyak RM150,000 bagi tujuan amal. Najwa Latif hadir membawa keriangan dan menjadi inspirasi kepada kanak-kanak[/pullquote]
Berbekalkan senyuman yang manis, Sahabat kempen tersebut tersebut tampil untuk menghiburkan tetamu yang hadir dengan mendendangkan salah sebuah lagu popular beliau. Sesetengah bait liriknya diubah oleh beliau untuk menyertakan senikata berkaitan kempen ‘Mari Beramal Bersama Colgate’. Antara yang hadir termasuk kanak-kanak dan wakil dari beberapa rumah kebajikan, kakitangan Colgate-Palmolive dan para tetamu khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Seramai kira-kira 350 orang kanak-kanak menikmati hari yang menceriakan dan penuh pembelajaran di KidZania, di mana mereka berpeluang untuk meneroka dan mengalami sendiri kerjaya impian mereka. Suasana mencuit hati dapat disaksikan apabila kanak-kanak tersebut melakonkan peranan sebagai doktor atau peguam, hinggalah kepada penyampai berita atau jururtera sambil mempelajari gerak laku yang sering ditampilkan dalam kerjaya impian mereka itu.
Kempen tahun lepas mencatat kejayaan membanggakan setelah mengumpul sebanyak RM180,000, lebih tinggi daripada sasaran asal sebanyak RM150,000 untuk 15 buah rumah kebajikan. Pada tahun ini, Colgate sekali lagi menyasarkan sumbangan sebanyak RM150,000 untuk diagihkan kepada 15 buah rumah kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia – sasaran sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.
Dengan setiap pembelian pek amal Colgate Maximum Cavity Protection dan Colgate Kayu Sugi mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2013, Colgate akan memperuntukan sebanyak 10 sen (bagi setiap pek amal tunggal) atau 20 sen (bagi setiap pak amal berkembar) untuk membantu mengutip sumbangan amal.
Selain daripada usaha kutipan amal yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu, Colgate turut memanfaatkan kempen tersebut sebagai satu cara untuk memberi pengalaman istimewa dan penuh kenangan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sorak-sorai dan gelak-ketawa mengiringi hari-hari di mana kanak-kanak tersebut dibawa bersiar-siar ke tempat-tempat menarik seperti Pusat Sains Negara, Zoo Negara, Taman Tema Sunway Lagoon, i-City dan pada hari ini, KidZania.
Dengan semangat untuk menyumbang dan berkongsi, kakitangan Colgate turut membuat kunjungan istimewa ke Pertubuhan Kebajikan Ukuwwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam pada 21 Jun yang lalu. Sukarelawan Colgate membantu membersihkan rumah kebajikan tersebut, membaik pulih rak-rak buku dan tikar serta meluangkan waktu petang yang penuh ceria dengan kanak-kanak di situ.
Antara acara lain kempen amal ini adalah majlis Iftar Ramadan akan diadakan pada 19 Julai 2013 (Jumaat) di Mydin Subang Jaya. Orang ramai dijemput untuk menyertai Iftar Ramadan tersebut dengan cara membeli pek-pek amal Colgate di cawangan Mydin Subang Jaya, bermula 12 Julai 2013 bagi mendapatkan kupon-kupon Iftar Ramadan. Untuk maklumat terkini berkaitan dengan kempen tersebut, sila layari www.facebook.com/ColgateMY.
OVERVIEW OF THE CAMPAIGN
- The “Mari Beramal Bersama Colgate” is an annual charity campaign by Colgate-Palmolive Malaysia held in conjunction with the holy month of Ramadan. This year is the 6th consecutive year for the campaign.
- Since 2008, Colgate has collected a total of RM747,500 over five campaigns, which has helped orphanages and charity homes throughout the country.
- The campaign, which will run from 1st July 2013 to 31st August 2013 aims to achieve RM150,000 in total contributions for the orphanages. For every purchase of special Colgate Maximum Cavity Protection or Colgate Kayu Sugi charity toothpaste packs throughout the campaign period, Colgate will donate 10 sen per single charity pack and 20 sen per twin charity pack.
- The MBBC 2013 charity campaign will benefit 15 orphanages under the Social Welfare Department of Malaysia, which is an arm of the Ministry of Women,
- Aside from financial support to the welfare homes, Colgate has also in the past created special experiences for the children through memorable day outings and educational trips to places such as the National Science Centre, Zoo Negara, Sunway Lagoon Theme Park, Planetarium Negara and i-City Theme Park. In the true spirit of giving and sharing, Colgate-Palmolive employees also spent time by visiting charity homes, where the volunteers cleaned the home and spent a fun day with the children.
- This year’s campaign introduces Najwa Latif as the celebrity ambassador of MBBC who aims to inspire children to believe in their dreams and aspirations.
- Colgate, the leading and trusted brand for dental care, is a socially responsible organisation that understands its role in giving back to the community. Colgate has a strong commitment to caring and social responsibility which is focused on the areas of health and education. An example is Colgate’s Oral Health Month which, in partnership with the Malaysian Dental Association, provides free dental check-ups and educates Malaysians on oral health throughout the country in April each year.
List of Selected Orphanages
1) Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh, Perlis
2) Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Isan, Kuala Lumpur
3) National Society Of St.Vincent De Paul Of Holy Trinity (Rumah Ozanam 1), Selangor
4) Pertubuhan Al-Khadeem (Home Of Hope), Shah Alam, Selangor
5) Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Gedung Lalang(Murad Foundation) – Asrama B, Negeri Sembilan
6) The Salvation Army Kuching Children’s Home, Sarawak
7) Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam, Selangor
8) Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam(PKAYI) Pontian, Johor
9) Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Terengganu
10) Persatuan Kebajikan Al-Rahman, Kelantan
11) Badan Amal Nur Zaharah Bentong(BANZ), Pahang
12) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Rumah Kanak-kanak Darul Aitam, Kedah
13) Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang
14) Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Anugerah Istimewa, (Christian Home), Perak
15) Darul Bakti (Asrama Anak Yatim & Anak Bekeperluan), Sabah