[dropcap]M[/dropcap]asih lagi jelas dalam kenangan, bila sampai bulan Ramadan, pasti teringat semasa zaman-zaman remaja kita dulu, selalunya petang-petang akan mengadap TV sebab hilang tenaga dan ‘habis bateri’. Biasanya. dulu pada waktu petang, antara drama yang Budiey layan ialah drama Rumah Kedai. Kalau diingatkan memang tak pernah ketinggalan walau satu episod sebab drama ini bagi Budiey sebuah drama yang sangat santai, ada mesej kekeluargaan dan yang penting diselitkan dengan lawak jenaka.
Terbaru, kenangan dulu-dulu masa bulan Ramadan pasti akan terimbau kembali dengan penayangan semula siri drama kegemaran ramai ini iaitu Rumah Kedai dalam versi terbaru, versi terkini yang lebih moden dan pastinya, pelakon-pelakonnya juga semuanya meletop habis seperti Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan, Talha Harith dan ramai lagi.
Rumah Kedai akan bersiaran pada jam 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3. Budiey tak sabar nak ikuti kisah terbaru Rumah Kedai nih.
Jom baca sinopsis drama Rumah Kedai:
Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf merupakan pasangan yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka dapat membuka sebuah mini market yang serba lengkap dan diberikan kepercayaan pihak bank untuk mendapat bantuan perniagaan. Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf dikurniakan tiga orang anak, Wan Sherina, Wan Shahila dan Ewan Zul yang juga mempunyai sifat bertentangan. Suatu hari, Mak Wan Su sibuk mencari orang baru untuk menyewa rumah yang kosong di bahagian atas mini marketnya. Mak Wan Su mahu orang yang sudah berkahwin menjadi penyewa supaya rumahnya tidak kotor manakala Pak Cik Shaf mempunyai pendapat berbeza, dia lebih gemar orang bujang. Ramai yang mahu menyewa tetapi semua ditolak oleh Mak Wan Su sehinggalah Mak Su mengadakan ujibakat untuk mencari penyewa. Apakah yang berlaku kemudian?
Pelakon: Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan, Talha Harith.