in , , ,

Stailista Unplugged Siti Nurhaliza, Najwa Latif & Shila Amzah

[dropcap]M[/dropcap]uzik yang berbeza, personaliti penyanyi pujaan ramai, vokal terbaik mempersona, imej bertudung, antara kriteria utama yang Budiey lihat program Unplugged di TV3 bakal menjadi perhatian peminat. Apa yang Budiey lihat, empat nama besar dalam industri hiburan ini semakin meningkat populariti sementara Dato’ Siti Nurhaliza bertahan menjadi penyanyi nombor satu negara. Najwa Latif popular di sosial media, begitu juga dengan Shila Amzah yang kini sedang berusaha keras melebarkan empayar seninya di peringkat antarabangsa. Dikatakan oleh Shila Amzah semasa sidang media Pra Dengar Album Terbaru Shila Amzah, menurut beliau, penyanyi Alyah juga tampil mempersembahkan lagunya dalam Unplugged ini. Mmm, menarik gak ni. Sudah tentu penyanyi wanita terbaik di Malaysia ini bakal mempersembahkan lagu mereka dan berkongsi pentas dalam suasana penuh sentosa hari raya.

Mereka bertiga akan bergabung suara dalam program Unplugged yang akan disiarkan pada hari raya nanti, iaitu pada hari Khamis, 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi di TV9. Selama satu jam, penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu terkenal tiga figura ini dalam irama muzik unplugged.

Shila Amzah sendiri mengakui beliau sangat teruja dengan kolaborasi ini. Nantikannya di musim perayaan ini. Segalanya ada di TV9.

SITI NURHALIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung & MODA Encourages Innovation In Style

Betul Ke Rozita Che Wan Merajuk Dengan Zain Saidin?