[dropcap]B[/dropcap]uat orang-orang Sabah, terima kasih kerana telah menjayakan misi 20,000 salam sepanjang lima hari Halim Othman dan Adibah Noor berada di Sabah. Berlangsung pada 24 Jun 2013 hingga 28 Jun 2013 yang lalu, Halim Othman dan Adibah Noor telah mengendalikan segmen Ceria Pagi bermula jam 5 pagi hingga 10 pagi di pejabat dan konti baru Suria FM Sabah, di KK Times Square.
[pullquote align=”right”]Misi 20,000 Salam Dalam Ronda Impian Ceria Pagi Ke Sabah Tercapai![/pullquote]
Majlis Sidang Media Ronda Impian telah dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi Star Radio Group, penyampai Suria FM Sabah iaitu Rey, Dudu dan Obie serta pasangan Ceria Pagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tourism Malaysia atas tajaan pengangkutan dan perjalanan sepanjang Ronda Impian Ceria Pagi berada di Sabah.
Selama lima hari disana, pasangan Ceria Pagi ini dibawa meronda oleh pemandu pelancong yang merupakan pemenang peraduan Ronda Impian Ceria Pagi. Di dalam perjalanan lima hari inilah mereka perlu mendapatkan 20,000 salam di sekitar Sabah. Setiap hari, seorang pemandu pelancong akan mengikuti perjalanan Ronda Impian ini dan dapat meluangkan masa bersama dengan Halim Othman dan Adibah Noor. Laut, kawasan pergunungan, kawasan kampung dan bandar telah diterokai oleh Halim Othman dan Adibah Noor sepanjang mereka berada disana.
Paling mengujakan mereka apabila berkesempatan dibawa ke Kampung Sipitang untuk mendalami pelbagai kebudayaan dan makanan tempatan disana. Mereka disambut dengan begitu meriah sekali oleh para penari kebudayaan dan orang-orang kampung.
Berikut adalah jadual perjalanan Halim Othman dan Adibah Noor bersama lima orang pemandu pelancong sepanjang lima hari di Sabah :
1 Raimon @ Ahmad Tarmizie Bin Ahoi
24 Jun 2013 – Jesselton Point
– Pulau Manukan
– Inanam
-Jambatan Gantung Tamparuli
2 Karatika Sari
25 Jun 2013 – Pekan Nabalu
– Taman Kinabalu
– Poring Hotspring
– Kundasang
3 Siti Aisyah Malek
26 Jun 2013 – Pasar Filipina
– Waterfront Park
– Taman Buaya Tuaran
– Universiti Malaysia Sabah (UMS)
4 Florence Silimon
27 Jun 2013 – Kampung Sipitang
– Kampung Lama
5 Rozzer Bin Achong
28 Jun 2013 – Pantai Tanjugn Aru
– Kampugn Air
– Wisma Square
– Centre Point, Kota Kinabalu
– Suria Sabah Mall
Tahniah Suria FM!