Pasangan pelakon romantis Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang baru menimang cahaya mata sulung pada 19 Jun lalu telah sepakat nama Nadi Anaqi untuk anak kesayangan mereka. Wah, cantik betul dan unik nama tu. Belum pernah Budiey dengar nama Nadi Anaqi ni. Siapa tahu apa maksud nama Nadi Anaqi ni?
“Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut,” ujar Shera.
Zahiril dan Shera telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Taman tasek Indra, Perak.