in

Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir

[dropcap]T[/dropcap]erbit senyuman di wajah peserta yang telah tersingkir tatkala mengetahui masih ada sinar harapan buat mereka kerana mereka berpeluang untuk diserap kembali bagi meneruskan perjuangan. Kejutan ini diumumkan Abang Nabil semasa konsert minggu keenam program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 16 Jun 2013 jam 11.30 pagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Kami sentiasa komited dalam mengetengahkan bakat-bakat muda yang dilihat berpotensi untuk menghiasi persada seni tanah air. Peluang kedua yang kami berikan buat para peserta yang telah tersingkir sebelum ini adalah sebagai satu platform untuk mereka membuktikan dan meyakinkan para juri akan kebolehan dan keseungguhan mereka yang sebenar.

Diharapkan peluang keemasan yang diberikan kepada empat peserta yang telah tersingkir ini digunakan sebaiknya buat mereka bagi menyampaikan satu persembahan yang cemerlang dalam usaha untuk memikat hati para juri sekaligus merealisasikan impian mereka dalam meneruskan perjalanan bergelar juara Ceria Popstar”.

Tema untuk konsert minggu keenam ini ialah ‘Sahabat’ di mana lima bintang Ceria Popstar dikehendaki untuk menyanyikan lagu-lagu yang berunsurkan persahabatan. Dua orang juri jemputan telah diundang bagi menilai persembahan para peserta iaitu Abang Azrul dan juga Abang Radhi OAG. Konsert kali ini juga turut dimeriahkan oleh Uncle Harith Iskandar yang bertindak sebagai penaung jemputan bagi menggantikan Pak Nil untuk minggu ini.

Tirai pentas Ceria Popstar dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Razmil yang membawakan lagu dendangan Aril bertajuk ‘Ganjil’. Seterusnya, Flower Queen mengambil alih pentas dengan mempersembahkan lagu ‘Tak Sabar’ dari Shima dengan begitu comel. Vision Mate terus mengejutkan barisan juri dan para penonton apabila ketiga-ketiga ahli kumpulan ini menyanyi! Mereka mempersembahkan lagu ‘Carta Hati’ dari Najwa Latif.

Kemudian, tiba giliran Trisya pula menjamu halwa telinga barisan juri dan penonton dengan menyanyikan lagu ‘150 Juta’ yang pernah dipopularkan oleh Ainan Tasneem. Hairul dan Leen dilihat begitu serasi dan comel bersama di atas pentas apabila menyanyikan lagu ‘Be Mine’ dari Tasha Manshahar dan Syed Shamim. Sementara menunggu keputusan, juri jemputan iaitu Abang Radhi OAG menghiburkan para penonton dengan persembahan istimewanya.

Di akhir konsert, nampaknya Razmil mendapat kedudukan yang terendah untuk minggu ini. Akan tetapi, Ceria Popstar memberi peluang kepadanya dan tiga lagi bekas peserta yang telah tersingkir sebelum ini iaitu Tasha, Akmar dan Wafi untuk bertanding sekali lagi pada minggu hadapan bagi menempah tempat untuk bertanding semula bersama-sama dengan Flower Queen, Vision Mate, Hairul dan Leen serta Trisya di minggu yang seterusnya.

Siapakah diantara Tasha, Akmar, Wafi dan Razmil yang akan diserap semula? Jangan lupa untuk terus menyaksikan Ceria POPSTAR pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria (saluran 611). Untuk Kita Aje!

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Popstar Ceria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa

Photos World War Z Live In Sunway Lagoon