[dropcap]B[/dropcap]ertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau Hipster, Anugerah Blokbuster edisi ke-2 telah berlangsung dengan meriah pada malam ini dengan dihadiri ramai selebriti popular yang memijak karpet merah seawal jam 8 malam. Acara karpet merah menyaksikan para selebriti tanah air melaram dengan busana masing-masing. Antaranya, pengacara popular dan pelakon filem Adik Manja Returns yang turut bertanding dalam anugerah kali ini iaitu Maria Tunku Sabri. Nampaknya, beliau mahu tampi dan cuba lari dari corak yang berbeza dengan memakai busana lengkap yang elegan dengan elemen etnik Sarawak.
Gambar Maria Tunku Sabri di Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2