in , ,

Filem PECAH Lakonan Terbaik Sofi Jikan

SEJAK kebelakangan ini, karya adaptasi sering menjadi pertaruhan penerbit untuk diterjemahkan dalam bentuk visual.

Terbaru, sebuah lagi novel diangkat dan digarap oleh pengarah berbakat, Asrulhisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black.

Boleh dikatakan perkara ini sebagai khabar gembira buat peminat Bukufixi karya Nizam Bakeri yang berjudul Pecah bakal menemui mereka dalam bentuk visual di pawagam.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Pecah digarap 90 peratus sama dengan karya sebenar.

Menurut Black, tugas mengarah Pecah disifatkan mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut.

“Paling mencabar buat saya adalah untuk memuaskan hati semua pembaca novel itu. Saya memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang sebab ia subjektif.

“Mesti ada yang tak puas hati dengan babak-babak. Saya hasilkan mengikut imaginasi saya, yang pasti imaginasi kita tak sama antara satu sama lain,”

– Nizam

Pecah merupakan filem kedua Black selepas Sesuatu Yang Tertinggal yang dihasilkan pada tahun 2010.

Bercakap tentang penamat cerita itu yang tidak sama seperti dalam novel, penulis novel tersebut menjelaskan.

“Ada babak dalam filem ini yang tak ada dalam novel tapi ada dalam manuskrip asal.

“Kalau boleh saya ambil contoh, pada penamat cerita ini, wang dicampak ke dalam pagar rumah polis itu, ia tidak ada dalam novel kerana ia sudah diedit keluar dari novel atas persetujuan saya,”

– Nizam

Berkisar tentang rompakan yang dijadikan sebagai satu perangkap untuk membalas dendam, pelakon yang pernah memenangi Watak Jahat dalam Filem atau Drama Anugerah Bintang Popular 2013, Sofi Jikan bergandingan dengan Tony Eusoff berjaya menghidupkan watak Alan serta Herman.

Pelakon wanita yang terkenal dengan watak antagonis, Izreen sebagai Lydia bijak membawakan watak tersebut yang disembunyikan di sebalik watak protagonis yang dibawanya daripada awal cerita.

Pecah mula ditayangkan hari ini di pawagam di seluruh Malaysia.

Congrats @mieraleyana dipilih utk julang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik #ASK2013 utk filem #Pecah
Congrats @mieraleyana dipilih utk julang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik #ASK2013 utk filem #Pecah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Perkhidmatan Pengiklanan Berasaskan Lokasi

Pengambaran FIlem Banglasia Arahan Namewee Kini Bermula