[dropcap]L[/dropcap]ama betul Budiey rasa tak pergi travel ke Bali. Budiey kira, lebih kurang dalam 6 tahun jugaklah tak ke sana. Kan best kalau dapat ke sana jalan-jalan pusing-pusing dan bersantai-santai. Rasanya Bali dah banyak berubah sekarang ni, dah tak macam 6 tahun dulu. Pastinya dah berkembang pesat dengan lokasi-lokasi yang lebih menarik untuk dikunjungi. Tak kurang juga, ada beberapa acara yang diadakan di Bali yang dapat menarik dan menggamit pengunjung untuk ke sana.
Terbaru, semasa Budiey melayari Facebook Maybank, Budiey ada mendapat info tentang acara BII Maybank Bali Marathon 2013 yang akan berlangsung pada 16 Jun 2013, hari Ahad, bermula dan tamat di Bali Safari & Marine Park, Gianyar, Bali, Indonesia.
Maybank selaku penganjur larian yang happening ini telah menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah berupa penginapan 3 hari 2 malam di Bali untuk dua orang dan berpeluang untuk menyertai larian Maybank Bali Marathon 2013 ini.
[pullquote align=”right”]BII Maybank Bali Marathon 2013 akan berlangsung pada 16 Jun 2013, hari Ahad, bermula dan tamat di Bali Safari & Marine Park, Gianyar, Bali, Indonesia.[/pullquote]
Pergh! Terkesima Budiey seketika apabila membaca hadiah yang ditawarkan. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Budiey terpanggil untuk menyertai peraduan ini. Manalah tahu, kalau-kalau ada rezeki untuk Budiey ke Bali. Dah lama benar tak ke sana, kan?
Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu, memang perasaan untuk terbang ke sana lain macam sikit. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu hadiah wang tunai yang ditawarkan kesemuanya berjumlah USD150,000. Wow, banyak tu.
Makin bergelojak dan super-excited lah Budiey untuk menyertai larian tahunan ini. Mahu tak mahu, gara-gara nak menang hadiah lumayan ni, Budiey pun cuba klik pautan yang diberikan, anda boleh klik SINI.
Sangat mudah untuk join contest ni. Apa yang diperlukan, cuma jawab satu soalan yang diberikan dengan jawapan yang paling KREATIF di ruangan komen Facebook yang disediakan tu. Soalannya berbunyi, dalam B.I : Why do you think Bali is the perfect place for a marathon?
Wah, apabila Budiey baca jawapan yang ditulis kat situ, fuyooo, orang kita menang kreatif semuanya ya. Macam-macamlah ayat yang direka, yang penting, Budiey baca, semuanya kreatif dan menarik. Maklumlah semua excited giler nak menang. Kalau dapat menang ni, memang bertuah betullah kan, dapat menang hadiah dari Maybank. Sangat berbaloi.
Budiey difahamkan, ini adalah acara larian paling santai pernah diadakan di Bali. Untuk tahun kedua ini, Bali Marathon 2013 disertai oleh sebilangan penggemar larian marathon seluruh dunia. Jumlah peserta mungkin lebih banyak dari peserta 2012. Dikhabarkan lebih 2,500 orang dari dalam dan luar negara akan join larian ini. Yang seronoknya, larian ini akan membawa kita melihat macam-macam tempat menarik sekitar Bali yang penuh eksotik dan sangat unik.
Ramai yang kata, Bali ni sangat indah, cantik dan damai, tapi itu semua tak bermakna jika anda sendiri tak join larian ni. Baru dapat feel betul ke Bali ni cantik. Sekurang-kurang kita dapat melihat persembahan seni tradiri orang bali, mengecap keindahan alam semulajadi sambil berlari-lari bersama semua peserta lain. Pergh! Sempoi habis lah!
Melihat pada jumlah peserta yang besar ni, Budiey dapat rasakan acara larian tahunan ini adalah acara yang bertaraf dunia. Mana taknya, ramai pelari terkenal sanggup terbang dari jauh semata-mata nak join larian ini.
Ada 4 kategori kesemuanya, ada full marathon, half marathon, 10K dan tidak ketinggalan juga kategori untuk kanak-kanak iaitu Children’s Sprint. Melihat pada kategori yang dipertandingkan, Budiey dapat buat kesimpulan bahawa larian ini adalah satu larian untuk seisi keluarga. Dari orang dewasa, remaja hinggalah kanak-kanak dapat join larian anjuran Maybank nih. Happening giler! Meriah tak ingat lah nanti.
Untuk acara Children’s Sprint tu, kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun hingga usia bayi diwajibkan digendung atau dibawa oleh penjaga atau ibu bapa dengan jarak 70 meter sahaja. Begitu juga dengan peserta kanak-kanak dari usia 3-4 tahun. Yelah, ini semua nak menjamin keselamatan semua peserta lebih terjamin.
Semua peserta akan mendapat baju T khas untuk larian ini. Semua para penamat akan diberikan medal dan semua peserta yang Berjaya menyudahkan larian untuk kategori Full Marathon pula akan mendapat baju T khusus yang cukup eksklusif. Bunyi macam seronok, kan?
Kalau misal kata, tahun ni Budiey tak dapat join larian ni, Budiey rasa mulai sekarang ni, Budiey nak bersedia dari segi latihan dan juga mahu kumpul duit untuk ke Bali untuk join Bali Marathon 2014 pula. Mana tahu hajat untuk join ni dapat dicapai pada tahun depan. Mana tahu kan?
Yea, ingat senang ke nak join marathon kalau tak berlatih dan berlari setiap hari. Itu azam Budiey. Orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Betul tak?
Bagus jugak join larian ni, sekurang-kurang Budiey ada target untuk kuruskan badan. Tiap-tiap hari berlari, dapat keluar peluh, badan pun sihat, otak pun cergas. Haaa, kalau ada rezeki, dapat pulak hadiah wang tunai yang ditawarkan tu.
Jadi, untuk pembaca budiman yang mahu informasi tentang acara larian Maybank Bali Marathon ini, apa kata LIKE Facebook BII Maybank Bali Marathon atau segala info lengkap ada kat laman sesawang: http://www.balimarathon.com
Eh, dah tak lama lagi dah, lebih kurang 15 hari je lagi. Cepat-cepatlah masuk contest anjuran Maybank nih. Selamat maju buat Budiey dan juga anda semua.