in , ,

Pementasan Teater Juta-Juta Kini Dalam 3D

Teater Juta – Juta kini kembali ke Stor Teater DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) sekali lagi dengan pembawaan yang lebih menarik dan lebih segar dengan tajuk baru iaitu ‘Teater Juta Juta 3D’.

Setelah sekian lama menyepi, kini teater yang pernah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik setelah dipentaskan di DBP dan juga di Perbadanan Putrajaya pada tahun lalu, Teater Juta – Juta kini kembali ke Stor Teater DBP (Dewan Bahasa & Pustaka) sekali lagi dengan pembawaan yang lebih menarik dan lebih segar dengan tajuk baru iaitu ‘Teater Juta Juta 3D’.

Untuk kali ini, terdapat kelainan di mana Teater Juta-Juta kini dipentaskan dalam 3D dan ini merupakan satu pendekatan baru untuk mendekatkan para penonton dengan mesej teater bergenre satira ini. MASK Team dan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) telah berkolaborasi sekali lagi untuk mementaskan teater ini di Stor Teater DBP bermula 5 Jun hingga 9 Jun 2013 jam 8.30 malam yang menampilkan aksi yang lebih Dungu, lebih Debar dan lebih Dekah .

Pementasan Teater Juta Juta Kini Dalam 3D di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka pada 5 – 9 Jun 2013

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni Persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya. Apa yang menariknya untuk pementasan ini, ianya membabitkan 3 orang pelakon sahaja yang bakal mendukung 12 watak kesemuanya.

poster teater juta juta kini 3D

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Menurut penerbit MASK Team, Mohd Amer Syafiq Khalip, teater Juta-Juta 3D ini boleh dikira sebagai pemanas badan setelah lama kumpulan ini tidak beraksi di pentas teater. Kumpulan teater ini juga akan memulakan produksi teater di Lambang Sari, Istana Budaya pada September nanti dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan.

Aloy Paradoks pula adalah aktivis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama. Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin. Selain itu, beliau turut pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok, Nautika, dan paling terkini iaitu Neo Romantik serta Gadis dan 2 Menara. Selain itu, beliau juga terlibat dalam sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012. Juga aktif menganjurkan acara seni sekitar Kuala Lumpur.

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau muncul dengan sebuah buku himpunan puisi yang mendapat sambutan di ibu kota ‘Seksi Ovari’

Anas Ridzuan adalah merupakan seorang penyanyi, bekas bintang realiti TV3, Mentor 6 dan juga seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. Kini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan samada di dalam dan juga luar kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Pas pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612 dan juga Ameera di talian 013-2102470

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian Teater Juta Juta 3D dan Twitter #TeaterJutaJuta3D

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Tekukur Tidak Berbunyi Lagi Lakonan Lisdawati

Uji Bakat Mencari Pengacara Program 3R