SMALLVILLE MUSIM KE-6 KEMBALI LAGI DENGAN LEBIH AKSI!
Siri drama kegemaran ramai, Smallville kini telahpun masuk ke musim yang ke-6 dan musim ini siri yang merupakan interpritasi semula mitologi Superman muncul dengan watak-watak klasiknya dicampur dengan adegan dan pengembaraan kepada siri aksi yang menyeronokkan. Dengan pelakon-pelakon hebat seperti Tom Welling, Kristin Kreuk, Michael Rosenbaum, Erica Durance, Allison Mack, John Glover dan Annette O’Toole, siri ini akan ke udara menerusi saluran suka ramai eksklusif di TV3, setiap Ahad, jam 10.30malam mulai 3 Mei 2009.
Dalam episod akhir musim lalu, Brainiac (James Marsters) telah melepaskan virus komputer berbahaya, manakala Zod, dari planet Krypton yang bertanggungjawab di atas kemusnahan planet itu telah mengambilalih badan Lex menjadikan Lex mempunyai keistimewaan seperti Clark. Apabila Lex mendedahkan kepada Lana Lang tentang kuasa barunya, mereka menjadi rapat. Clark menyedari yang satu-satunya jalan untuk menghentikan Zod adalah dengan membunuh Lex dengan menggunakan senjata Kristal yang ditinggalkan oleh Jor-El, bapa kandungnya. Namun menyedari yang dia tidak boleh membunuh kawannya, Clark telah menikam Brainiac dengan senjata tersebut dengan tidak sengaja menyebabkan terbukanya portal kepada Zod. Kesan daripada letupan yang berlaku telah menghantar Clark ke Phantom Zone menyebabkan Lex/Zod memerintah dunia. Lois Lane (Durance) dan Martha Kent (O’Toole) pula ditinggalkan tidak sedarkan diri dalam jet LuthorCorp yang bakal terhempas, manakala Lionel Luthor (Glover) dan Chloe Sullivan (Mack) pula terperangkap dalam limousine yang dikelilingi oleh perusuh.
Musim ini, Clark mesti berusaha melepaskan diri dari Phantom Zone. Setelah dipenjarakan dalam jail penjara Krypton yang dicipta oleh Jor-El, Clark mendapati dirinya tidak mempunyai kuasa dan dikelilingi penjenayah-penjenayah yang ingin menuntut bela setelah dipenjarakan oleh ayahnya Jor-El. Bekas pembantu Jor-El seorang wanita bernama Raya (Pascale Hutton) datang ke Phantom Zone menolong Clark melarikan diri, malangnya, penjenayah yang lain juga terlepas.
Penjaga setia rahsia identiti Clark adalah ibubapa angkatnya Jonathan dan Martha. Namun musim lepas Jonathan meninggal dunia kerana sakit jantung selepas mendapat tahu yang Lionel juga mengetahui rahsia Clark. Clark yang merasa bertanggungjawab di atas kematian ayahnya menghadapi kesukaran menyesuaikan diri terhadap kehilangan ayahnya itu. Martha mengambil alih tempat Jonathan di Senat dan mengupah Lois sebagai ketua kakitangan. Musim ini Martha meneruskan hidup tanpa Jonathan, tetapi dia dibelenggu tentang perasaannya yang semakin menebal terhadap Lionel. Walaupun Lionel menawarkan pertolongan kepada Clark, Martha tidak pasti apakah tujuan dia berbuat demikian.
Lana yang merasa dikhianati oleh Clark pada musim lepas kini beralih kepada Lex untuk mendapatkan ketenangan. Melihatkan sikap Lex yang nampak terbuka, Lana berjanji untuk berada disisinya. Musim ini, hubungan mereka menjadi lebih serius menyebabkan hubungan Lana dan Clark semakin renggang. Sementara Lex bercinta denga Lana, dia masih didorong oleh cita-citanya dan meneruskan niat jahatnya. Walaupun dia berjanji untuk tidak berbohong kepada Lana, dia sedar bahawa sesetengah perkara perlu dirahsiakan untuk mengekalkan hubungannya dengan Lana.
Persahabatan Clark dan Lex telah musnah sepenuhnya, dan kini mereka bermusuhan memaksa Clark berusaha keras untuk melindungi rahsianya. Walaupun berhadapan dengan kenyataan yang Lex merampas Lana darinya, Clark juga nampak bahaya yang dibawa oleh Lex dan berjanji untuk menghentikannya.
Musim baru ini juga bakal menyaksikan pengenalan watak baru Oliver Queen yang juga dikenali sebagai Green Arrow (Justin Hartley) muncul di Metropolis. Walaupun dia tidak mempunyai kuasa, Oliver dianugerahkan dengan kebolehan memanah yang melayakkannya menyertai pasukan Olimpik Amerika, tetapi dia menolak dan menggunakan kemahirannya untuk bekerja sebagai “Pemanah Zamrud”, mencuri hasil dari kegiatan haram golongan kaya dan memberinya kepada golongan miskin. Oliver datang dari Star City ke Metropolis untuk memulihkannya dari virus merbahaya yang disebarkan oleh Brainiac. Ketika di Bandar, dia bertemu dan tergoda dengan Lois, menyebabkan timbulnya kesangsian dan sedikit cemburu kepada Clark. Apabila Oliver mengetahui kebolehan Clark, dia mengajak Clark menyertainya dalam satu projek baru – menubuhkan liga wira-wira.
Sementara itu, Chloe terkejut dan gembira apabila bekas kekasihnya seorang jurugambar Jimmy Olsen (Aaron Ashmore) menyertai The Daily Planet dan kedua-duanya menjalinkan semula perhubungan mereka.
Dengan memaparkan babak-babak yang realistik dan kesan khas yang canggih, “Smallville” merupakan penghasilan semula Superman berkisarkan dari akar umbinya. Siri ini dibawa ke kaca televisyen oleh Alfred Gough & Miles Millar yang pernah menerbitkan “Herbie Fully Loaded,” “Shanghai Noon” dan “Spider-Man 2” berdasarkan watak dari DC Comics. Antara penerbit eksekutifnya termasuklah Gough & Millar, Mike Tollin, Brian Robbins, Joe Davola yang pernah menerbitkan “One Tree Hill,” “The Bronx Is Burning,” “Norbit,” dan “Wild Hogs” dan Ken Horton yang pernah menerbitkan “The X-Files” dan “Millennium”.
Kepada semua peminat-peminat siri ini, nantikan kemunculan Clark dan rakan-rakannya dalam “Smallville” musim ke-6, setiap Ahad, jam 10.30 malam, eksklusif hanya di TV3.