in

Teknik Free Running Telemovie Khas Hari Guru Loncat Di TVi

[dropcap]M[/dropcap]engangkat sukan urban kegilaan remaja di Eropah dan Amerika, teknik free running ataupun ‘pakour’ yang mula diterima masyarakat kita diangkat menjadi subjek utama telemovie khas Hari Guru yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hujung minggu ini.

Membariskan pelakon-pelakon muda Aidil Aziz, Anis Al-Idrus, Ris Amin, Amirullah, Muhamad Zaki dan Amirul Ashraf, telemovie bertajuk “Loncat” ini menemui penonton pada 18 Mei 2013, jam 12.00 tengah hari mengisi slot Wayang menerusi saluran TVi (Astro 180).

[pullquote align=”right”]Teknik Free Running atau Pakour Dalam Telemovie Khas Hari Guru, “Loncat” Di TVi[/pullquote]

Kisahnya bermula dengan kehadiran Cikgu Rashid seorang guru baru di Sekolah Menengah Kampung Tanjab 3 membuatkan ramai pelajar serta orang kampung senang akan sifatnya yang bersopan santun itu.

Amin yang pada mulanya sedikit ego mula tertarik untuk mengenali cikgu itu dengan lebih dekat apabila ternampak cikgu itu melakukan lompatan yang sedikit pelik. Akhirnya Amin, Shahrin dan Farhan berminat untuk mempelajari free running ataupun ‘pakour’ yang merupakan sukan urban kegilaan remaja di Eropah dan Amerika.

Di mata Cikgu Leman, cikgu silat dan anak ketua kampung, kehadiran Cikgu Rashid itu mengubah banyak perkara dan segalanya yang tidak elok. Pertama dia merampas Cikgu Liza, kedua aktiviti ‘pakour’ budaya kuning dari Barat yang tidak sihat dan tiga sekawan itu tidak lagi datang ke latihan silat. Terakhir kes kecurian di kampung yang semakin menjadi-jadi di mana orang kampung pernah ternampak pencuri masuk rumah menggunakan teknik ‘pakour’.

Semenjak itu Amin, Shahrin dan Farhan tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti bersama Cikgu Rashid malah Cikgu Rashid juga seolah dipulau oleh orang kampung. Demi membersihkan nama Cikgu Rashid, Cikgu Liza yang percaya apa yang dilakukan mereka itu tidak salah cuba menolong. Amin, Shahrin dan Farhan kembali membuat latihan ‘pakour’ secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengabaikan pelajaran mereka.

Suatu hari setelah tamat peperiksaan SPM mereka dibenarkan untuk keluar malam oleh ibu bapa masing-masing. Ini kerana kes kecurian di kampung sudah berkurangan dan ibu bapa mereka menyangka mereka tidak lagi melakukan aktiviti ‘pakour’ yang kononnya tidak bermoral itu.

Malam itu juga mereka terserempak dengan pencuri sebenar dan demi mahu membersihkan nama mereka dan Cikgu Rashid, pelajaran ‘pakour’ diaplikasikan dan mereka berjaya menangkap Mad, Mid dan Mod yang merupakan kawan kepada Cikgu Leman dibantu orang-orang kampung.

Di kesudahan cerita, anak buah Cikgu Rashid sudah bertambah dan mereka semua berlari di sekitar bandar Alor Setar. Ketika itu juga lebih ramai anak-anak muda di kampung itu menyertai aktiviti ‘pakour’ ini dan menjalankan kehidupan yang lebih aktif dan positif.

penggambaran Loncat

babak dalam Loncat

Aidil Aziz dan Riz Amin ... pegang watak cikgu

Anis Al-Idrus pegang watak Cikgu Liza

Telemovie Loncat di TVi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cikgu Imah Salimah & Penggulungan Sempena Hari Guru

Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis