[dropcap]K[/dropcap]edua-dua penyanyi ini, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah dah boleh dianggap sebagai ikon dalam dunia seni hiburan. Sesiapa pun tak boleh nafikan. Dah sampai tahap otai dah pun. Eksklusiviti mereka masih berada di tahap tersendiri.
[pullquote]Namun, apabila kedua-dua pemilik suara emas ini bergabung dalam satu album, sudah tentu menjanjikan sesuatu yang superb. Begitulah gambaran yang Budiey boleh rungkaikan bila memegang album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang kini dah pun berada di pasaran. Eh, harganya sangat berbaloi. Rm36 sahaja! Ada 14 lagu yang semuanya mantap-mantap belaka. Budiey suka![/pullquote]
Bertemu Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah di Serai, KL Centre petang tadi membuktikan kemesraan dua sahabat ini begitu serasi. Apatah lagi lagu-lagu yang dinyanyikan semasa konsert di dewan berprestij itu memang sedap-sedap dan menjadi kegemaran ramai.
Setahun telah berlalu semenjak pasangan artis terulung Malaysia, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bergabung tenaga menjayakan konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) di Dewan Filharmonik Petronas. Walaupun mereka telah berjasama untuk membuat persembahan sebelum ini, konsert amal ini menjadi lebih istimewa kerana, buat ulung kalinya, kemantapan vokal Anuar dan Dayang telah dirakam, dan lahirlah album live yang dinanti-nantikan selama ini.
Album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas, diiringi oleh pemuzik-pemuzik hebat, di bawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin, bersama penampilan khas oleh Mac Chew (Keyboards), Aji ( Guitars), Kelly ( Bass), Steve Thornton (Percussions), John Thomas (Drums) , dan Eja & Widy (Penyanyi latar); telah menyemarakkan lagi kolaborasi seni kedua-dua artis dinamik ini.
Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur