[dropcap]R[/dropcap]ancangan The 80s: The Decade That Made Us dalam 6 bahagian serta 80s Greatest dalam 4 bahagian akan menyaksikan kelahiran era yang telah mencetuskan idea serta ciptaan yang telah membentuk dan mendominasi dunia yang kita diami pada hari ini.
Selamat kembali ke tahun 1980-an, dibawakan secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553) dan National Geographic Channel HD (Astro Saluran 573) bersama episod berterusan pada jam 10 malam dan 11 malam bermula 13 – 17 Mei 2013.
[pullquote align=”right”]National Geographic Channel membawa anda menyelami biografi generasi lalu dengan The 80s: The Times of Our Lives.[/pullquote]
The 80s bukanlah tentang nostalgia masa silam, tetapi ia mengisahkan sebuah dekad yang dipenuhi individu, inspirasi dan ciptaan yang telah mengubah masa depan kita. Ia diceritakan daripada perspektif individu yang tidak dikenali tetapi telah melakar sejarah pada zaman yang sungguh ikonik ini. Ia merupakan 10 tahun yang penuh dengan kegemilangan, tiada batasan, impian yang tidak mengenal sempadan serta inovasi teknologi luar biasa yang digabungkan untuk melahirkan perubahan bersejarah serta kejadian dunia yang telah membentuk diri kita pada hari ini.
Bakal disiarkan buat pertama kalinya pada 13 Mei 2013 sehingga 17 Mei 2013 bersama episod secara berterusan, jam 10 malam dan 11 malam pada National Geographic Channel (Astro Saluran 553) dan National Geographic Channel HD (Astro Saluran 573), The ‘80s: The Decade That Made Us adalah kisah mendebarkan yang diceritakan melalui temu bual selama enam jam bersama bintang muzik dan filem serta peneraju dunia teknologi, perniagaan, media dan politik, paparan arkib yang sukar dilupakan, keterangan saksi eksklusif serta lakonan semula yang dramatik bagi babak-babak bersejarah yang telah berlaku pada era tersebut.
Walaubagaimana pun, ‘80s Greatest turut memperingati bintang-bitang sukan bertaraf dunia pada abad tersebut, kejadian yang menyayat hati, kemajuan teknologi yang mengubah kehidupan serta detik kegemilangan dalam sukan seperti kejayaan atlet muda Diego Maradona dan Mike Tyson yang menjadi terkenal di seluruh dunia di samping bencana nuklear Chernobyl yang menggemparkan dunia.
The ‘80s: The Decade That Made Us
Dalam zaman yang membangun dengan pesat, 1980-an adalah dekat di mana setiap insan sebulat suara membawa arus permodenan dalam hidup mereka. Walaupun gaya rambut dan cita rasa fesyen agak unik, segalanya yang berasal dari era 80-an mempunyai daya dinamik, daripada politk dan inovasi teknologi sehinggalah kepada filem, rancangan TV dan fesyen unik yang terus membentuk hidup kita pada hari ini.
Malah, dekad ini telah melahirkan ikon terkenal seperti Pac-Man serta computer peribadi yang kini menemani kehidupan seharian kita. Tidak dilupakan juga detik seperti penerokaan angkasa lepas NASA yang mencetuskan komunikasi global dan membolehkan hubungan antara telefon pintar serta internet; Madonna berguling di atas pentas dalam gaun pengantin ketika di sebuah persembahan anugerah muzik dan telah memberi gelombang hiburan yang berkekalan bagaikan “Gangnam Style” dan Lady Gaga pada hari ini.
Ikon dan pencetus berita 80-an ini ditampilkan di dalam temu bual yang memberikan pandangan baharu terhadap dekad tersebut turut menampilkan gergasi teknologi Steve Wozniak, raja media Ted Turner, pengarah terkemuka Oliver Stone serta Jane Fonda, Calvin Klein, Michael J Fox, Joan Collins, David Hasselhoff, Sam Donaldson, Linda Gray, Linda Evans, Bruce Weber, Grandmaster Flash, Darryl DMC McDaniels, Dionne Warwick, Harry Belafonte, Walter Isaacson dan ramai lagi.
Mereka yang tidak disangka menempa nama dalam sejarah turut ditampilkan dalam The ‘80s: The Decade That Made Us dan mereka termasuk:
• Patrick Jephson, setiausaha pertama dan sulung Puteri Diana.
• Juruterbang Jerman, Mathias Rust yang bertekad mendaratkan pesawatnya di Red Square Soviet.
• Eksekutif rakaman Michael Rosenblatt yang menemui bakat Madonna di sebuah kelab tarian di New York.
• Pembantu kareografi Vincent Paterson dan penerbit set rakaman video terkenal Michael Jackson berjudul “Thriller”, menghidupkan semula detik tersebut ketika Michael Jackson menjadi terkenal apabila ia diterbitkan.
‘80s Greatest
Sememangnya dekad yang tidak dapat dibandingkan. Ia telah menjadi pentas dunia kerana telah melahirkan wira sukan bertaraf dunia, detik unggul bola sepak, gajet serta kejadian menyayat hati jutaan warga dunia. ‘80s Greatest menyelami kisah di sebalik setiap insan, detik peribadi dan alat unik yang menjadikan tahun 80-an dekad yang sukar untuk kita lupakan.
‘80s Greatest Football Moments menghidupkan kembali perlawanan bola sepak yang terkenal dan penuh kontroversi melalui kisah daripada individu yang bukan sekadar mengubah tahun 1980-an, tetapi membentuk dunia sukan pada hari ini. ‘80s Greatest Tragedies pula membongkar bencana buruk dekad tersebut seperti Chernobyl, Challenger dan Bhopal serta mengimbas bagaimana kejadian ini mengajar kita menjadikan dunia ini lebih selamat. ‘80s Greatest Gadgets turut menyaksikan bagaimana Sony Walkman, komputer peribadi dan permainan video mencetuskan revolusi teknologi yang mengubah cara kita bekerja, bermain dan menjalani kehidupan pada hari ini. ‘80s Greatest Sporting Icons menampilkan bintang sukan pujaan ramai pada zaman ini seperti Mike Tyson, Ayrton Senna, dan Martina Navratilova di samping mengisahkan tentang pencapaian mereka di peringkat global.
Selamilah kempen The 80’s: The Time Of Our Lives dan tontonlah episod berterusan program The 80’s: The Decade That Made Us dan ‘80s Greatest pada jam 10 malam dan 11 malam bermula 13 Mei 2013 – 17 Mei 2013 secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Saluran 553) dan National Geographic Channel HD (Astro Saluran 573). Siaran ulangan akan ditayangkan pada 20 Mei 2013 – 24 Mei 2013 pada slot masa yang sama.
Tentang National Geographic Channels International
National Geographic Channels International (NGCI) memberi inspirasi kepada penontonnya melalui program yang pintar dan berinovasi yang mempersoalkan pengetahuan umum, bagaimana kita melihat dunia dan apa yang mendorong kita untuk pergi lebih jauh. Ia sebuah syarikat perniagaan yang dimiliki oleh National Geographic Ventures dan FOX Entertainment Group, NGCI menyumbang kepada komitmen National Geographic Society untuk meneroka, memulih dan mendidik melalui enam salurannya: National Geographic Channel, National Geographic Channel HD, Nat Geo Wild, Nat Geo Wild HD, Nat Geo Adventure dan Nat Geo Music. Di peringkat global, National Geographic Channel (termasuklah NGC U.S., merupakan kerjasama NGV dan Fox Cable Networks Group) boleh ditonton di 435 juta kediaman di 173 buah negara dalam 37 bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.natgeotv.com.
FOX International Channels
FOX International Channels adalah syarikat Perbadanan Berita multimedia antarabangsa. Kami menghasilkan, menerbitkan dan mengedarkan 200+ bahan hiburan, fakta, sukan dan filem milik epenuhnya atau secara majoriti merentasi Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika dalam 37 bahasa. Rangkaian ini dan saluran tambahan untuk mudah alih, tidak linear dan definisi tinggi mencecah melebihi 1 bilion jumlah keseluruhan penduduk di seluruh dunia.
Di Asia, FOX International Channels menguruskan 27 jenama saluran termasuklah Fox, Star dan National Geographic di 75 saluran merentasi 14 buah pasaran, mencapai lebih daripada 550 juta pelanggan terkumpul di Asia Pasifik dan Timur Tengah. Rangkaian TV berbayar terkemuka mempunyai pejabat di Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Australia, Timur Tengah dan India. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foxinternationalchannels.com Di Malaysia, FOX International Channels menguruskan National Geographic Channel, National Geographic Channel HD, National Geographic Wild, National Geographic Adventure, National Geographic Music, STAR World, STAR World HD, FOX Movies Premium, FOX Movies Premium HD, FOX, FOX Crime HD, FX HD, BabyTV, tvN HD, Channel [V] Taiwan, STAR Chinese Channel dan STAR Chinese Movies 2.
Astro Malaysia Holdings
Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd adalah kumpulan media berintegrasi terkemuka di Malaysia dengan 4 operasi yang menjadi kunci utama: TV berbayar, Radio, Kandungan dan Digital. Dilancarkan pada tahun 1996, Astro mempunyai 50% pendekatan terhadap TV kediaman di Malaysia atau tiga juta pelanggan, menjadikannya operator TV berbayar terkemuka di Asia Tenggara. Astro menyiarkan 153 saluran, dengan 16 daripadanya adalah saluran HD, sebuah inovasi terkemuka dengan pengenalan HD, 3D dan PVR – yang pertama di Malaysia, dan juga perkhidmatan Video Terhadap Permintaan dan IPTV. Ia adalah pengumpul, penerbit dan pengedar kandungan asal pelbagai bahasa daripada pelbagai genre merentasi pelbagai saluran. Saluran radio secara terestial dan digital meliputi semua bahasa utama dan mendekati sejumlah 11.5 juta pendengar setiap minggu dan merupakan antara 10 stesen terkemuka di negara ini. Kelebihan digital pula melibatkan penerbitan digital, aplikasi dan pelantar di samping penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.astro.com.my