in

Drama Bersiri Korea Ojakgyo Family di TV2

[dropcap]B[/dropcap]erkongsi plot menarik kisah kekeluargaan yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga, drama bersiri Korea bertajuk “Ojakgyo Family” telah pun disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menemui penonton setia salurannya mengisi slot popular Kristal di TV2.

Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.00 petang, penonton pastinya teruja menyaksikan lakonan pelakon kacak dan lawa, Kim Yong-Rim, Baek Il-Seob, Kim Ja-Ok, Jeong Woong-In, Ryu Su-Young, Joo Won, Yeon Woo-Jin, Lee Young-Ha dan Jo Mi-Lyeong yang membintangi 78 episod siri menarik ini.

siri korea Ojakgyo Family 1

Ojakgyo Family berkongsi kisah sebuah keluarga dari ladang Ojakgyo di Korea Selatan. Keluarga besar Ojakyo terdiri daripada seorang nenek, sepasang suami isteri dan empat orang anak mereka yang telah pun dewasa.

Hwang Chang Sik merupakan ketua keluarga juga seorang bapa yang bertanggungjawab menguruskan ladang Ojakyo. Ibunya Kim Yong Rim dan isterinya, Kim Ja Ok adalah wanita yang penyayang dalam keluarga. Mereka dikurniakan empat orang lelaki yang berbeza usia dan miliki sikap yang berbeza.

Anak sulong mereka, Tae Sik bekerja sebagai ahli terapi fizikal manakal Tae Bum pula bekerja sebagai wartawan penyiaran. Anak bujang mereka yang ketiga bernama Tae Hee berstatus seorang detektif dan anak yang bongsu, Tae Pil sedang mencari pekerjaan yang dirasakan sesuai dengan jiwanya.

siri korea Ojakgyo Family

Mereka sekeluarga menjalani kehidupan yang amat sempurna sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan harmonis. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, mereka dikejutkan dengan kemunculan lelaki bernama Baek In Ho.

Kehadiran Hwang membongkar rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Hwang daripada seluruh ahli keluarganya. Kira-kira 10 tahun yang lalu, Hwang pernah menyewa ladang Ojakgyo dari Baek In Ho dan menukar kembali namanya pada surat perjanjian harta agar dia boleh mengelak dari membayar hutang.

Ahli keluarga yang lain tidak mengetahui tentang perjanjian itu dan menyangka bahawa ladang tersebut milik mereka sekeluarga.Apakah nasib keluarga Hwang setelah mengalami konflik yang berlaku? Mampukah Hwang menyelamatkan keadaan dan masa depan keluarganya?

Kongsikan babak-babak menarik ikatan kekeluargaan yang berdepan cabaran ini hanya di TV2.

Keluarga Hwang

Keluarga Bae

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prestasi Maxis Bagi Suku Pertama 2013

Sungei Wang Plaza Kembali Anjur Masked Rider & Kamen Rider Double