Malaysia Favorite Dancer untuk musim pertama. Undian SMS daripada penonton berpihak kepada Alam yang begitu hebat menari ala hip hop macam break dance. Lincah, bersemangat dan penuh energetik. Alam berjaya mendapat 33% daripada 160,000 undian sekaligus mengalahkan Dennis Yin yang mendapat tempat kedua dengan 30% undian. Diikuti oleh Sue Michelin dan Brancy Teo.
Grand Finals So You Think You Can Dance berlangsung di The Ruums KL bermula jam 8.30 malam disiarkan secara langsung di 8TV. Program realiti TV bagi mencari penari berbakat dihadiri oleh ramai peminat dan penyokong peserta finals.
Kalau anda penonton setia program ini, anda tentu masih ingat Alam pernah mengejutkan kita apabila tergolong dalam katergori 6 finalis paling lemah dan agak kurang memberangsangkan.
Begitu juga dengan finalis Sue yang terpaksa merelakan pasangannya Isaac. Namun, nasib masih menyebelahi Alam dengan usaha gigih Alam mempamerkan kebolehan luar biasa. Saya suka tengok wajah Alam yang nampak cute sebijik macam bintang Malaysian Idol, Saiful. Sebagai selingan, penonton dihiburkan dengan Joe Flizzow & The Kartel dan juga Reshmonu.
Hos pada malam tadi, Jehan Miskin dan Juliana Ibrahim (bintang pelakon Impian Ilyana) mengacarakannya dengan lancar. Tahniah pada 8TV kerana telah melahirkan penari berbakat. Seni, persembahan bergabung dalam satu pentas. Alam juga dijanjikan untuk menjadi pelakon dalam sebuah teater arahan Tiara Jacquelina. Juri Judimar Hernandez, Pat Ibrahim dan Ramli Ibrahim bersetuju Alam memang hebat pada malam tadi.