Khabarnya, Nabil akan berkahwin 2 tahun lagi. Masa di ABP, Nabil memperagakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu. Manakala Irma pula mengenakan pakaian berwarna merah rekaan Betty.
Adakah Nabil sudah menjangkakan akan menang?
“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang. Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya.”
Komen Nabil tentang aksi peluknya di ABP 2008?
“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira. Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang. Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah. Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya.”
Adakah ini detik pertama kali Nabil peluk Irma?
“Yea, pertama kali. Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun. Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya sahaja.”
Kiranya, kemenangan ini sekaligus dapat menewaskan Saiful Apek? Komen sikit?
“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya. Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya. Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”
Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0 C berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).