in

Azhar Sulaiman Sanggup di Panah Petir Isu Fitnah Anwar Ibrahim

[dropcap]D[/dropcap]emam PRU13 makin panas dan membahang, jika semalam dihangatkan dengan kenyataan Norman KRU yang mengatakan dunia hiburan akan jatuh jika ditadbir oleh PAS, hari ni dipanaskan lagi dengan kenyataan pelakon Azhar Sulaiman.

Budiey sebagai pemerhati, memang tidak lepas untuk membaca status Facebook milik Azhar Sulaiman, dan beliau bukanlah artis yang baru berjinak-jinak dalam bab-bab bersuara tentang isu politik malah dia sebelum ini berjaya mencetuskan kontroversi.

Ekoran video berupa video pesanan kepada para penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat pelbagai kritikan tak kurang, dikutuk oleh ramai peminat sekaligus menyatakan rasa hilang hormat kepadanya. Terbaru menerusi akaun Twitter miliknya, pelakon berusia 41 tahun ini mendakwa penyokong PR telah menggodam akaun Facebook-nya semalam.

Azhar-Sulaimanf-facebook kena hacked

Azhar Sulaiman turut menegaskan bahawa dia berkata benar serta menulis di laman Twitter-nya yang dia sanggup dipanah petir jika benar dirinya salah memfitnah Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali.

azhar-sulaiman

Tak setakat itu, Azhar menulis lagi kata-kata yang menyebabkan ramai individu mengecam perbuatannya.

azhar-sulaiman-hack-fb

Di bawah merupakan video yang dimuat naik oleh Azhar – sebuah video mengingatkan para penyokong Pakatan Rakyat (PR) agar sudah-sudahlah berjuang menegakkan benang yang basah?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof

Astro & Maxis Tawar Nilai Terhebat Astro B.yond IPTV